saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 30/05/2000

Pulau Pinang raih tiga emas -- KARATE

PULAU Pinang meraih tiga emas dalam pertandingan karate Sukan Malaysia (Sukma) ke-8 menerusi acara kata perseorangan dan berpasukan serta kumite di Dewan Tunku Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), semalam.

Yeoh Swee King mencatat 25.7 mata untuk menjuarai acara kata perseorangan lelaki sebelum dia bersama-sama James Ch'ng Ewe Teng dan Kelvin Goh Kin Kit meraih satu lagi emas bagi acara berpasukan selepas mengutip 25.5 mata.

Satu lagi emas disumbangkan R. Mohanah dalam acara kumite tidak melebihi 53 kilogram wanita selepas menewaskan Lim Siew Fong dari Selangor yang meraih perak manakala Ang Zhu Dih (Perak) dan Ririn Agustina (Negeri Sembilan) masing-masing memperoleh gangsa.

Wilayah Persekutuan pula meraih dua emas dalam acara kumite tidak melebihi 55 kilogram lelaki menerusi S. Cowri Sankar manakala G. Vathana menjuarai acara kumite tidak melebihi 60 kilogram wanita.

Cowri menewaskan K. Teevagaran (Selangor) yang memungut perak manakala gangsa masing-masing diperoleh Mohd. Nor Azra Nordin (Kelantan) dan A. Ramesh (Perak).

Vathana pula mengalahkan pemenang perak, Suguneswary dari Selangor manakala Lim Phei Sze (Pulau Pinang) dan Rosniwati Remle (PDRM) mendapat pingat gangsa.

Acara kumite tidak melebihi 80 kilogram lelaki menyaksikan Rayner Kinsiong (Sabah) memenangi emas untuk mengatasi pemenang perak V. Murugan (Wilayah Persekutuan) manakala Lok Chee Meng (Melaka) dan B. Sivanesan (Perak) masing-masing meraih gangsa.

Sementara itu, A Alexander (Negeri Sembilan) memperoleh emas acara kumite tidak melebihi 75 kilogram lelaki manakala perak dimenangi V. Raman Naiar (Kedah) dan pingat gangsa diraih C. Premkumar (Perak) dan Lai Zhun Neay (Wilayah Persekutuan).

Dalam acara kata perseorangan lelaki, perak dimenangi Chew Teck Han dengan mengutip 25.6 mata manakala Hisham Michael (Sabah) memperoleh gangsa menerusi catatan 24.7 mata.

Bagi acara berpasukan, rangkaian Chew, Ng Kuan Wang dan Lim Wai Piau meraih perak dengan memungut 25.1 mata manakala pemenang gangsa Hisham, Lim Wing Sing dan Alex Wong Tse Kiong (Sabah) menerusi 24.9 mata.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.