saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/06/2000

Poetic Ammo beridentitikan tempatan


POETIC AMMO.


Walaupun bertunjangkan muzik Barat, tetapi unsur tempatan tidak harus dilupakan agar wujud kelainan pada muzik yang dihasilkan.

Lebih penting, ia harus mempunyai identiti tempatan agar mudah diterima peminat.

Itu jugalah yang menjadi resipi kejayaan kumpulan Poetic Ammo yang kini popular dengan single terbaru mereka berjudul Who's The Player.

Bakat kumpulan yang dianggotai oleh Yogi B, Point Blanc, C Loco dan Land Slyde ini mula menjadi perhatian peminat muzik tempatan apabila mereka memenangi keseluruhan kategori bagi album Inggeris pada majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun lalu.

Tambahan pula, mereka terpaksa bersaing dengan kumpulan KRU yang muncul dengan album Inggeris pertama mereka waktu itu.

''Perkara ini kami mula sedari apabila beberapa orang penerbit album luar mendengar album kami sewaktu memberi komen, mereka berkata album kami lain daripada yang lain.

''Walaupun berkonsepkan Rap dan Hip Hop tetapi tidak sama seperti muzik yang dipelopori oleh kebanyakan pemuzik Amerika,'' kata Yogi B.

Yogi memberitahu,kebanyakan penerbit yang mendengar album mereka berasa hairan, kerana terdapat bunyi dan perkataan yang belum pernah didengar dalam muzik yang dihasilkan oleh kumpulan itu. Sedangkan ia adalah perkara biasa dan digunakan setiap hari.

''Banyak kelainan yang kami wujudkan dalam muzik kami sendiri. Kalau tidak pada muzik, kami cuba paparkan kelainan itu dalam lirik. Bayangkan dalam lirik, kami turut menyelitkan bahasa Melayu dan Tamil, lebih penting ia memaparkan Malaysia dalam muzik moden'' jelasnya.

Bagi peminat pula, mereka melihat kelainan yang ditampilkan merupakan sesuatu yang dekat dengan mereka.

Bagaimanapun, jelas Yogi.B, kejayaan yang dikecapi oleh kumpulan Poetic Ammo sekarang tidak semudah yang difikirkan, malah kumpulan itu pernah ditolak oleh beberapa buah syarikat rakaman antarabangsa sebelum ini.

''Susah senang Poetic Ammo dalam dunia muzik, kami paparkan dalam muzik dan lirik yang dihasilkan. Bagi peminat yang sudah mendengar album kami, pasti mereka tahu tentang kepayahan yang terpaksa Poetic Ammo hadapi,'' ujarnya.

Kini, kumpulan itu boleh berbangga dengan kejayaan yang dikecapi hari ini.

Sebagai bukti sebuah syarikat minuman ringan sanggup melaburkan beribu-ribu ringgit dalam pembikinan klip video Who's The Player? kerana yakin dengan bakat yang dimiliki oleh kumpulan ini.

Boleh dikatakan klip video tersebut merupakan klip video terbaik yang pernah dihasilkan untuk penyanyi tempatan setakat ini.

Kini, kumpulan Poetic Ammo sibuk dengan pembikinan album terbaru mereka. Kali ini, album tersebut akan diterbitkan oleh Paul Morisson dan dijangka akan menemui peminat pertengahan bulan ini.

Oleh: RUDY IMRAN SHAMSUDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.