saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/06/2000

S4S yakin irama pop


KUMPULAN S4S.


Kebanyakan kumpulan baru yang menghasilkan album memilih aliran muzik terkini seperti rock, metal dan alternatif sebagai konsep album mereka.

Salah satu sebabnya ialah muzik sedemikian menguasai pasaran muzik tempatan masa ini.

Tetapi berbeza dengan kumpulan S4S lebih memilih aliran muzik pop sebagai konsep album mereka kerana yakin muzik sedemikian mendapat tempat dan menjadi pilihan utama peminat muzik tempatan.

S4S yang dianggotai Sham selaku penyanyi utama, Pizal (bass), Space (gitar) dan Ally (drum), turut yakin bahawa mereka mampu melangkah lebih jauh dalam industri dengan muzik pop menerusi album sulung Andai Menunggu.

''Kita melihat sendiri sambutan yang diterima oleh kumpulan-kumpulan baru yang tampil dengan muzik pop,'' jelas Sham.

S4S sendiri mengharapkan album sulung mereka itu akan diterima baik oleh bakal peminat.

Walaupun menampilkan konsep pop tetapi S4S menegaskan bahawa lagu yang ditampilkan di dalam album sulung mereka berbeza dengan album yang dihasilkan oleh kumpulan yang sedia ada.

Malah mereka turut menafikan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album sulung mereka punya persamaan dengan lagu dari kumpulan Slam mahupun yang popular menerusi ciptaan Eddie Hamid.

''Jika didengar dengan teliti cara persembahan dan susunan lagu dalam album Andai Menunggu sangat berbeza, ini kerana kami banyak menggunakan pendekatan akustik dalam persembahan lagu,'' ujar Sham lagi di majlis pradengar album terbaru mereka baru-baru ini.

Album Andai Menunggu diterbitkan oleh Izman juga orang yang bertanggungjawab menjadikan impian setiap ahli kumpulan S4S menjadi satu kenyataan dengan dibantu oleh Ajai selaku penerbit bersama.

Sham sendiri turut mencipta lagu dan lirik dalam album sulung S4S berjudul Jangan Mengkhayal, Pentas Dunia, Dewi Cinta dan Lara Hati.

Lagu yang menjadi taruhan kumpulan ini yang juga menjadi judul album mereka Andai Menunggu yang dicipta oleh Lanang dan lirik oleh Lela Sari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.