saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 07/06/2000

Bakar sekolah hilang sikap berterima kasih pelajar


SEKOLAH Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.


PERBUATAN membakar sekolah dengan niat jahat sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi satu fenomena yang semakin kerap berlaku.

Yang terbaru bilik guru disiplin Sekolah Menengah Seksyen 19, Shah Alam, Selangor musnah dalam kebakaran yang dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pelajar.

Mereka memecah masuk dan membakar bilik berkenaan selepas menconteng perkataan lucah di hampir seluruh bangunan sekolah berkenaan.

Polis sehingga kini menahan lima pelajar lelaki tingkatan empat dan lima petang kelmarin berhubung kejadian tersebut.

Menurut polis, kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan selepas siasatan ke atas lima pelajar itu dijalankan.

Yang membimbangkan, perbuatan membakar sekolah ini kebanyakannya turut membabitkan pelajar sekolah itu sendiri dengan pelbagai tujuan seperti untuk membalas dendam, mencuri dan sebagainya.

Cara bertindak yang kian menular ini sekaligus menunjukkan bahawa para pelajar hari ini semakin berani dalam menunjukkan kemarahan serta rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak sekolah.

Perbuatan mencuri dan memusnahkan harta benda bukan hanya menunjukkan hilangnya rasa kasih terhadap sekolah sendiri, tetapi juga sikap berterimakasih terhadap guru-guru yang telah mendidik mereka.

Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu, pihak sekolah serta kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar pada setiap tahun di samping kerugian akibat kebakaran yang tidak disengajakan.

Antara kejadian-kejadian yang berlaku sepanjang tahun 1997 hingga Jun 2000:

13 Oktober 1997 - Empat bilik darjah Sekolah Menengah Taman Pelangi, Johor Bahru terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat kumpulan samseng.

Di samping bilik guru, bilik penyelia serta bilik bimbingan dan kaunseling, kertas soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut musnah dalam kejadian tersebut.

17 Disember 1998 - Sebuah makmal sains dan kelas pertukangan Sekolah Menengah Damansara Utama, Kuala Lumpur musnah dalam satu kebakaran.

Kejadian ini dipercayai akibat perbuatan khianat berikutan ia merupakan kejadian kedua selepas 10 jam dewan sekolah berkenaan mengalami kebakaran.

22 Disember 1998 - Satu blok yang menempatkan perpustakaan, makmal elektrik dan sains pusat sumber bilik koperasi dan stor Sekolah Menengah Datuk Abdul Wahab, Sungai Siput, Perak musnah terbakar.

Berikutan kejadian tersebut, tiga remaja yang merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Juvana atas tuduhan pecah masuk bangunan, mencuri harta benda bernilai RM10,000 dan menyebabkan kebakaran.

Kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM256,000.

27 Jun 1999 - Sekolah Menengah Kulai Besar, Johor Bahru mengalami kerugian kira-kira RM300,000 apabila sebuah bilik guru dan bilik pertukangan dibakar oleh tiga pelajar.

21 Julai 1999 - Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu mengalami kebakaran yang dipercayai akibat perbuatan khianat.

2 Ogos 1999 - Sekolah Rendah Kebangsaan Jambu Bongkok, Marang Terengganu nyaris terbakar dalam percubaan pihak tidak bertanggungjawab membakar sekolah berkenaan.

Ia dipercayai perbuatan khianat berikutan penemuan satu tong plastik yang mengandungi minyak petrol berhampiran tempat kejadian.

16 Januari 2000 - Sekolah Kebangsaan Lopeng Tengah, Rian Miri terbakar dan seorang remaja ditahan untuk membantu siasatan.

9 Februari 2000 - Bilik pengetua, bahagian pentadbiran dan bilik guru Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas, Kulim Kedah musnah dalam kebakaran akibat perbuatan tiga orang pelajar.

6 Mei 2000 - Tiga bilik darjah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Desa Jaya, Kepong musnah dalam satu kebakaran.

Ia dipercayai akibat perbuatan khianat kerana kejadian itu berlaku beberapa minit selepas guru dan pelajar memadamkan kebakaran kecil pada papan hitam di bilik darjah yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.

21 Mei 2000 - Lima pelajar dari Sekolah Menengah Tun Habab dan Sekolah Menengah Laksamana, Kota Tinggi, Johor memilih rumah guru untuk melepaskan kemarahan.

Bagaimana pun, percubaan membakar rumah tersebut gagal apabila perbuatan tersebut disedari oleh jiran-jiran berhampiran.

Remaja yang berusia 15 hingga 17 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana ingin membalas dendam ke atas guru wanita yang juga merupakan bekas guru disiplin Sekolah Menengah Tun Habab.

Mereka ditahan polis pada 13 Mei dan mengaku tindakan tersebut kerana dendam terhadap guru yang sering melaporkan kepada pihak sekolah tentang kegiatan tiga daripada pelajar terbabit yang sering ponteng dan merokok.

Oleh: NOOR AZMAH IBRAHIM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.