saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/06/2000

Spanar Jaya musim ketiga lebih padat

PENERIMAAN peminat pada konsep siri sitcom Spanar Jaya membuatkan stesen ntv7 berminat meneruskan musim ketiga siri itu.

Musim ketiga siri terbitan Ten On Ten Pictures itu memaparkan kandungan yang lebih padat, interaktif, lucu, ceria dan istimewa.

Untuk musim baru, Spanar Jaya disiarkan setiap hari Sabtu pada pukul 8.30 malam bagi membolehkannya menjadi tontonan keluarga.

Banyak pelakon menjadi undangan istimewa seperti Osman Kering, Sulaiman Yassin, Jasmin Hamid, Zaidi Omar, Riezman, Chef Wan, Eizlan Yusof, Deanna Yusof, Rosyam Noor, Ruhil Amani, Ary Malik, Noraini Hashim, M. Rajoli, Malik Noor dan Jeffrydin.

Eksekutif Promosi ntv7, Shila Ismail berkata, sitcom itu mencapai sasaran pihak ntv7 apabila ditonton oleh lebih 600,000 penonton setiap masa.

''Sitcom ini menjadi pilihan orang Melayu berusia enam tahun ke atas yang tinggal di kawasan bandar,'' kata Shila lagi.

Set sitcom lakonan Zaibo, Ahmad Idham, Rambo Chin, Wardina dan Opie Zami itu masih dikekalkan sebagaimana musim lalu, jelasnya lagi.

Antara paparan menarik dalam musim ketiga ialah hubungan Is (Idham) dan Misha (Wardina) yang digambarkan semakin erat dan masing-masing mencurah perasaan.

Pada musim lalu mereka tidak digambarkan menyimpan perasaan sebaliknya sering bercanggah pendapat.

Selain penggambaran di set, krew dan pelakon Spanar Jaya turut memilih lokasi luar untuk menjadikannya lebih menarik.

Kini, ia sedang rancak menjalani penggambaran dan akan disiarkan sebaik selesai tayangan musim kedua siri itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.