saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/06/2000

R. Azmi dikecam Nona Singapura

Di kalangan penyanyi-penyanyi lelaki pula, bilangan mereka pada zaman itu amat berku- rangan. Selain Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Aziz Jaafar, seorang lagi penyanyi lelaki yang cukup popular ketika itu ialah R. Azmi atau Raja Azmi Raja Ambiah.

Menurut pengumpul maklumat bintang-bintang lama, Mohammad Hashim, kebanyakan lagu-lagu nyanyian R. Azmi disadur dari filem-filem Hindustan yang dimelayukan seperti filem Teernandaz, Miss Coca Cola, Aan, Arman, Andaz dan lain-lain.

Walaupun begitu tambahnya, lagu-lagu R. Azmi tetap mendapat sambutan daripada pendengar dan masyarakat zaman tersebut memandangkan pengaruh filem-filem Hindustan yang cukup kuat ketika itu.

Satu ciri yang menarik tentang penyanyi ini kata Mohammad lagi, adalah tema lagu-lagu tersebut yang kerap menggambarkan nasib malang, kekecewaan, rintihan, sindiran dan patah hati akibat cinta.

"Mungkin kita masih ingat lagi lagu-lagu bertema keresahan seperti Hati Kechewa, Ibu Tiri, Nasib Penyanyi, Isteri Durhaka, Korban Tak Berjaya, Serba Salah dan lain-lain,'' katanya.

Bagaimanapun ujarnya, penyanyi seangkatan yang membayangi R. Azmi dengan tempo Hindustan dan menjadi saingannya ialah Zainab Majid dan Razak Majid.

Persaingan itu bertambah sengit apabila masing-masing menyanyikan lagu yang sama seperti lagu Sampaikan Salam.

Kekurangan komposer dan pencipta lagu pada zaman itu mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku, kerana P. Ramlee dan Rubiah juga turut menyanyikan lagu yang serupa tajuk, irama dan lirik dari filem yang sama iaitu Aku dan Dia, P. Ramlee dan Momo Latif yang masing-masing menyanyikan lagu Irama Lagu, katanya.

Menurut beliau, suara R. Azmi banyak digunakan sebagai suara latar untuk filem-filem Melayu hitam putih seperti Aloha, Sedarah dan Bapa Saya yang dibintangi oleh

P. Ramlee. Malah, P. Ramlee juga pernah menyanyikan lagu-lagu tersebut tetapi kemudiannya dirakam semula oleh R. Azmi

Selain menyanyi, R. Azmi juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem. Antaranya termasuk filem Bapa Saya yang dibintangi oleh Osman Gumanti pada tahun 1950 dan Anjoran Nasib yang dibintangi oleh P. Ramlee.

Bagaimanapun menurut Mohammad, sebuah lagu nyanyian R. Azmi berjudul Nona Singapura yang mula ke udara pada tahun 1955 telah mengundang reaksi yang cukup hangat di kalangan masyarakat ketika itu.

"Melalui tulisan di majalah-majalah tempatan, dia teruk dikritik dan dimarahi oleh kebanyakan wanita Singapura yang menganggapnya bersikap berat sebelah dengan menyifatkan mereka seperti itik pulang petang.

"R. Azmi mempertahankan dirinya dengan menjelaskan bahawa lirik lagu tersebut ditulis hasil pemerhatiannya terhadap gaya, sikap dan ragam kaum wanita ketika bergegas pulang dari tugas masing-masing pada waktu petang'' kata Mohammad.

Katanya lagi, dari bentuk potongan badan, apa yang mereka pakai dan guna, wajah, tas tangan, kasut dan selendang semuanya menjadi ilham untuk dijadikan gurindam sebuah lagu yang mencerminkan diri mereka yang nyata.

"Selang beberapa bulan kemudian, R. Azmi sekali lagi dikecam oleh wanita-wanita Singapura dengan hebat dan pedas kerana lagu nyanyiannya berjudul Nona Malaya memuji dan menjulang tinggi kaum wanita Malaya.

"Dia dituduh memperlekehkan wanita Singapura dan tidak langsung memahami hati, perasaan dan kecantikan mereka. Mereka mendesak R. Azmi mencipta pula lagu yang mengisahkan kenakalan pemuda Singapura supaya lebih adil.

"Permintaan mereka tidak dihampakan apabila beliau menyanyikan pula lagu Pemuda Singapura,'' ujarnya.

Bagaimanapun jelas Mohammad, setelah dunia hiburan Melayu di Singapura mula malap, R. Azmi meneruskan kariernya dengan bergiat di dalam funfair ke sana ke mari.

Tambahnya, penyanyi dahulu kurang bernasib baik seperti sekarang kerana harga piring hitam ketika itu hanya sekitar $1.50 sekeping, itupun jualannya tidak laris sehebat sekarang.

"Lagunya Nasib Penyanyi dan Korban Tidak Berjaya ini bagaikan ramalan terhadap nasib yang menimpa dirinya sendiri.

"R. Azmi penyanyi rekod Columbia ini kembali ke rahmatullah kerana lelah ketika berusia 51 tahun pada 28 Februari 1974 di Hospital Klang setelah tiga hari dirawat.

"Dia yang tidak mempunyai anak, di hari tuanya tinggal di rumah Cikgu Abdul Hamid bin Abdul Kadir di Kapar, Klang, Selangor,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.