saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 20/06/2000

SK Sungai Kelamah warga sekolah gigih capai kecemerlangan


PROJEK tanaman hidroponik menggunakan meja-meja tulis lama yang tidak digunakan lagi di SK Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan.


SEKOLAH Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan, asalnya adalah rumah peneroka Felda di kawasan tersebut. Bagaimanapun kesedaran kepada pentingnya pendidikan untuk anak-anak peneroka ketika itu, telah menyebabkan rumah itu ditukar dan dibaiki fizikalnya menjadi sebuah sekolah rendah pada 1968.

Sekolah itu kini mempunyai tiga blok bangunan setingkat dan satu blok bangunan prasekolah.

Penghijrah generasi pertama dan kedua dari tanah rancangan itu untuk bekerja di bandar-bandar besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan sekolah itu kini mempunyai hanya 221 orang murid.

Menurut guru besarnya, Muhamad Dah Yasin, sebelum ini iaitu di awal tahun 1990-an, bilangan murid pernah mencecah sehingga 500 orang.

''Bagaimanapun kini kebanyakan murid-murid di sini adalah daripada generasi ketiga dan kebanyakan mereka tinggal dengan datuk dan nenek yang dulunya adalah peneroka Felda di kawasan ini,'' katanya ketika di temui di Gemas, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Bagaimanapun tambah Muhamad Dah, kekurangan bilangan murid ini tidak pernah melunturkan semangat warga sekolah ini untuk merancang kecemerlangan sekolah.

Malah dengan bilangan tenaga pengajar hanya 15 orang dan dengan keluasan sekolah melebihi lima hektar, warga sekolah ini harus diberi pujian di atas pelbagai projek yang diusahakan demi keceriaan dan keindahan sekolah.

Salah satu projek yang kini sedang diusahakan ialah projek tanaman hidroponik.

Tinjauan panel hakim pertandingan Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) ke sekolah itu baru-baru ini mendapati pelbagai jenis sayuran di tanam menggunakan kaedah ini.

Sayur salad dan juga sawi adalah antara sayuran yang paling banyak ditanam dan tumbuh dengan subur sekali.

Projek hidroponik ini diusahakan oleh guru mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah tersebut.

Di samping projek hidroponik, warga sekolah ini juga mengusahakan kebun sayur-sayuran yang terletak di belakang kawasan sekolah.

Projek ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Gemas (MPG).

Di samping itu, tanaman pokok-pokok herba juga diusahakan oleh guru-guru di sekolah ini supaya murid-murid di sekolah ini boleh mengenali jenis dan kegunaannya.

Menurut Muhamad Dah, pihak sekolah merasa amat bertuah dan berterima kasih kepada pihak pengurusan Felda kawasan tersebut yang sentiasa bermurah hati untuk membantu sekolah terutamanya dalam projek-projek 3K.

Malah katanya, keakraban pihak sekolah dengan organisasi itu juga menyebabkan pihak Felda memberikan kepercayaan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu untuk mengerjakan projek penanaman kelapa sawit dan kelapa biasa.

Projek seluas 0.4 hektar yang terletak di belakang kawasan sekolah itu mulanya adalah milik Felda.

Bagaimanapun disebabkan beberapa masalah pengurusan, projek itu kini diserahkan kepada PIBG untuk diusahakan.

Hasil daripada projek ini dijangka akan dinikmati oleh PIBG sekolah ini dalam masa tiga tahun lagi.

Selain PIBG kata Muhamad Dah, SK Sungai Kelamah juga bertuah kerana mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Kecil Kampung (JKK).

''Sejak 1996, JKK menyumbang RM4,000 kepada sekolah ini untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah,'' jelasnya.

Oleh: ZALINA YAHAYA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.