saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/06/2000

Al Jarreau berkomunikasi menerusi muzik

SATU kelebihan yang dimiliki oleh Al Jarreau dibandingkan dengan penyanyi lain ialah keunikan suaranya.

Penyanyi jaz itu mampu mempelbagaikan gaya suara ketika mendendangkan sesebuah lagu tanpa memerlukan rakan duet.

Al Jarreau boleh menukar nada suara kepada garau, nyaring, halus dan serak secara spontan mengikut mood lagu yang didendangkannya.

Ini terbukti sewaktu dia mengadakan persembahan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, kelmarin.

Konsert Sepetang Bersama Al Jarreau adalah anjuran Malaysian Youth Orchestra Foundation (MYOF) yang bertujuan untuk mengutip wang bagi tabung persatuan itu.

Malahan, sewaktu berkomuni-kasi dengan penonton juga, Al Jarreau lebih senang menuturkan ayat dengan menggunakan lenggok nyanyian. Biarpun begitu mesej yang disampaikan amat bermakna.

Jelas sekali, penyanyi jaz itu amat mengagumi usaha Malaysia Youth Orchestra Foundation yang menjadikan muzik sebagai medium komunikasi dalam masyarakat.

''Siapa sangka melalui muzik MYOF berjaya menarik perhatian golongan korporat untuk menonton persembahan saya. Saya harap sokongan mereka dalam bidang muzik dapat membantu MYOF membentuk lebih ramai lagi pemuzik muda di negara ini.

''Muzik adalah salah satu cara untuk mendidik masyarakat penyayang. Ini kerana kebanyakan generasi muda masa kini lebih tertumpu pada komputer yang kurang menitik-beratkan soal kasih sayang.

''Pada saya, muzik adalah cara terbaik untuk melahirkan masyarakat penyayang,'' katanya.

Al Jarreau yang pernah memenangi lima Anugerah Grammy itu diiringi oleh enam pemuzik profesional dan seorang penyanyi latar.

Walaupun dalam konsert selama dua jam itu, dia hanya mendendangkan 13 buah lagu sahaja tetapi kesemua lagu yang dipersembahkan adalah panjang.

Antara lagu yang didendangkannya ialah Puddit, Mornin, Just To Be - I Will Be, Tomorrow Today Today, We're In dan Five-Roof-Spain-Boggie.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.