saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/06/2000

2 pegawai JAINS dituduh minta rasuah

SEREMBAN 20 Jun - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan dua anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) dibicarakan bersama atas dakwaan meminta habuan seks dan rasuah wang RM1,500.

Hakim Abd. Rahman Abdol turut memerintahkan Roslan Yusop, 41, dan Zaini Yasin, 33, yang ditahan pada 12 Mei lepas dan mengaku tidak bersalah dibicarakan pada 16 dan 17 Oktober ini.

Menurutnya, mahkamah berpuas hati dengan permohonan Pegawai Pendakwa Badan Pencegah Rasuah (BPR) Mohd. Tahir Ahmad bahawa perbuatan itu dilakukan dalam satu transaksi, melibatkan fakta dan saksi yang sama.

Peguam Mohammad Hisham Segaran Abdullah yang mewakili Roslan sebelum itu membantah permohonan pegawai pendakwa dengan menyatakan dakwaan ke atas anak guamnya berlainan dengan yang dihadapi oleh Zaini.

Bagaimanapun, Peguam John Fernandez yang mewakili Zaini tetapi tidak hadir ke mahkamah kerana mengendalikan kes di Mahkamah Majistret Sepang ketika dihubungi oleh Mohammad Hisham bersetuju kedua-dua dibicarakan bersama.

Roslan dituduh meminta rasuah seks daripada seorang wanita yang ditangkap khalwat di Flat Taman Desa Pelangi, Mantin pada pukul 1.45 pagi, 8 Mei lalu.

Sementara Zaini yang berjawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa JAINS didakwa atas dua tuduhan di bawah Seksyen 10 (a) (bb) dan 11 (a) akta yang sama.

Tuduhan pertama, Zaini didakwa meminta rasuah RM1,500 pada 11 Mei lepas di Gerai Buah Batu 10, Jalan Mantin untuk tidak mengambil tindakan terhadap Bharuddin Mohd. Hari dan pasangannya yang melakukan kesalahan khalwat.

Zaini turut didakwa menerima wang RM1,500 daripada Bharuddin pada 12 Mei lepas di Restoran Azhaar di sini.

Kedua-dua anggota penguat kuasa JAINS itu, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda lima kali ganda daripada jumlah rasuah yang diterima atau RM10,000 mana yang lebih tinggi serta penjara tidak kurang daripada 14 hari hingga 20 tahun.

Mahkamah mengekalkan jamin ke atas kedua-dua tertuduh, Roslan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Zaini sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-duanya membayar ikat jamin yang ditetapkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.