saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 27/06/2000

Sekolah warisan SMK Dato' Abd. Rahman Ya'kub penuhi wawasan


TUMBUHAN hijau yang segar dan subur menghiasi SMK Rahman Ya'kub, Merlimau, Melaka.


SEBAGAI sebuah sekolah yang luas, keupayaan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abd. Rahman Ya'kub, Merlimau (SMKDARY) Melaka mengekalkan keindahan dan yang paling penting kebersihan persekitarannya, harus dipuji.

Persekitaran sekolah kemas tersusun dengan rimbunan pokok-pokok hijau redup mendominasikan persekitaran yang luas.

Bangunan sekolah yang baru dicat menaikkan seri bangunan sekolah yang gah tersergam di atas kawasan tanah tinggi menghadap padang sekolah yang menghijau.

Daripada sebuah sekolah yang hanya menumpang sementara di Sekolah Dang Anum di sebelahnya, SMKDARY kini membangun pesat di atas tanahnya sendiri dengan memiliki 19 bilik darjah, dua buah makmal, empat buah bengkel, sebuah perpustakaan, sebuah studio seni, sebuah bangunan asrama, sebuah kantin dan padang besar dengan keluasan lebih satu hektar.

Sekolah yang hanya memiliki 282 orang pada tahun pertama penubuhannya 33 tahun lalu, kini bertambah mempunyai 1,567 orang.

Sekolah ini merupakan sekolah Melayu tertua di kawasan Merlimau.

Menurut Pengetuanya, Abu Hassan Ja'alam, memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan keindahan kekal di sekolah ini bukanlah satu kerja yang mudah, terutamanya dengan bilangan murid yang ramai dan sekolah pula dijalankan dalam satu sesi.

Justeru sekolah ini menggerakkan usaha-usaha pembentukan sahsiah dan disiplin yang jitu di kalangan pelajarnya seiringan dengan usaha meningkatkan aspek-aspek keselamatan, kebersihan dan keindahan alam sekitar sekolah (3K).

Malah katanya, pelajar sentiasa ditanamkan dengan konsep walau apa yang mereka lakukan, ia adalah demi pengalaman peribadi dan bukan untuk sekolah semata-mata.

Oleh itu kata Abu Hassan, pelajar sekolah itu tidak keberatan menyumbangkan tenaga untuk bergotong-royong membersih dan mengindahkan persekitaran sekolah.

Sekolah ini juga membentuk budaya murni di kalangan pelajarnya yang beragama Islam dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai setiap pagi Jumaat.

Bagi pelajar bukan Islam pula, mereka akan menghadiri kelas Pendidikan Moral.

Ternyata usaha keras yang dilakukan oleh SMK Datuk Abd. Rahman Ya'kub mendatangkan hasil yang membangga-kan.

Tinjauan panel hakim Pertandingan Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) ke sekolah itu baru-baru ini mendapati persekitaran sekolah yang terbentang luas itu dijaga rapi dan kemas.

Menurut pengetuanya, dalam mengindahkan persekitarannya, sekolah ini berpegang kepada misinya untuk menjadi sekolah yang berwarisan.

''Matlamat sekolah ini adalah untuk mengekalkan warisan budaya setempat,'' katanya di Merlimau, Melaka, baru-baru ini.

Ke arah itu, di ruang-ruang tertentu, sekolah ini mempunyai sudut pameran mini.

Antara yang menarik ialah sudut pameran Warisan Gemilang yang mempamerkan peralatan yang digunakan oleh pesawah padi tradisional.

Di samping itu, sekolah ini juga turut mempunyai sudut pameran Warisan IT, Warisan Sekolah dan Warisan Adat Istiadat.

Sekolah ini juga boleh berbangga dengan bilik-bilik khas yang dimilikinya terutamanya bilik tayangannya yang dibina hasil kutipan sekolah sempena hari terbuka.

Berkonsepkan bilik kuliah di universiti, bilik berhawa dingin ini yang dulunya adalah dapur memasak untuk penghuni asrama, mampu memuatkan lebih 80 pelajar dalam satu-satu masa.

SMK Datuk Abd. Rahman Ya'kub kini mula mencuri perhatian masyarakat luar dengan kemajuan-kemajuan yang ditunjukkannya.

Sekolah itu kini dicalonkan sebagai Sekolah Harapan Negara mewakili negeri Melaka bagi kategori luar bandar dan telahpun dianugerahkan sebagai sekolah tiga bintang oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka.

Oleh: ZALINA YAHAYA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.