saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 27/06/2000

Stesen TV dan jutawan segera

Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN
SIRI kuiz More Jutaria yang pernah diterbitkan oleh RTM telah melahirkan seorang jutawan muda bernama Samerin pada akhir akhir 80-an lalu. Inilah siri kuiz yang menawarkan hadiah paling lumayan iaitu sebuah kereta mewah Lamborghini yang bernilai RM1 juta.

Samerin menjadi satu daripada berjuta penonton yang menaruh impian yang sama; menjadi jutawan dalam sekelip mata. RTM ketika itu menjadi perhatian utama penonton kerana More Jutaria.

Ketika kerajaan giat mencari formula untuk menambah bilangan jutawan Melayu dan penguasaan Melayu dalam sektor korporat, Samerin muncul dengan tidak sengaja.

Tetapi kemunculan Samerin bukanlah kerana formula pembangunan ekonomi untuk bumiputera. Samerin muncul di dalam ledakan perang rating yang dilancarkan oleh stesen TV dengan sokongan pengiklan.

Maka lahirlah Samerin yang tidak semena-mena menjadi bahan bualan di warung kopi hingga ke coffee house berbintang lima. Samerin tidak pernah menyangka dia akan menjadi jutawan. Impian menjadi jutawan selalunya beriring dengan kerja keras dan jatuh bangun yang memberikan pengajaran.

Tetapi Samerin kerana nasib menyebelahinya dan dia telah menyumbang kepada satu lagi sejarah bagi RTM yang melahirkan seorang jutawan. Lalu siapa akan ingat lagi pesanan Kementerian Kesihatan bahawa merokok itu membahayakan kesihatan?

Kini di TV3, anda mempunyai peluang menjadi jutawan atau setidak-tidaknya 'setengah jutawan'. Roda Impian yang konsepnya diambil secara sah dari Wheel of Fortune menjanjikan hadiah lumayan.

Sambutan terhadap rancangan ini cukup luar biasa. Tetapi jangan lupa, anda hanya akan berjaya kalau nasib menyebelahi anda. Kepintaran atau menguasai pengetahuan am yang luas belum menjamin untuk merangkul hadiah lumayan yang ditawarkan.

Seperti More Jutaria, Roda Impian sebenarnya tidak memberikan cabaran minda yang tinggi kepada para pesertanya. Semuanya bertolak daripada nasib. Peserta boleh menjadi muflis dengan tiba-tiba kalau roda yang dipusing itu berhenti di petak muflis. Bukankah itu nasib namanya?

Kuiz beradu nasib seperti ini telah menjadi kecenderungan baru di stesen TV tempatan. Disebabkan tumpuan khalayak lebih kepada rancangan begini, stesen TV tidak sukar untuk mendapatkan penaja bagi menyediakan hadiah yang lumayan.

Perang rating terus bermaharajalela di stesen TV. Apabila terperangkap dalam perang rating, maka tiba pula giliran pengiklan untuk memainkan peranannya. Kerana itu tidak hairanlah kalau rancangan yang bermutu yang tidak ada potensi popular menghadapi kesukaran mendapatkan tajaan.

Kisah jutawan segera belum tamat selepas Samerin tenang dengan kehidupannya sebagai orang biasa. Stesen TV terus mencipta pengembaraan baru bagi mencari manusia bernasib baik menjadi jutawan secara tidak sengaja.

Di ntv7, muncul rancangan Who Wants To Be A Millionaire yang menawarkan hadiah wang tunai RM1 juta. Seperi More Jutaria, rancangan yang dikendalikan oleh Jalaluddin Hassan ini juga terletak kepada nasib.

Sekarang ini kita ada dua laluan untuk menjadi jutawan tanpa melihat semula formula kerajaan untuk menambahkan bilangan jutawan Melayu. Laluannya mudah kepada yang bernasib baik.

Nampaknya dua stesen swasta ini masing-masing beradu pengaruh untuk mencatatkan rating tertinggi dan terus diingati oleh penontonnya. Antara Roda Impian dan Who Wants To Be A Millionaire, kedua-duanya membuatkan banyak rancangan lain yang bermutu tidak dihiraukan oleh penonton.

Siapa peduli dengan Majalah 3 atau rancangan bermaklumat lagi hebat seperti National Geographic? Secara tanpa sedar kecenderungan baru stesen TV memancing dengan hadiah lumayan mencetuskan sikap baru kalangan penonton TV.

Biarpun mereka tidak terlibat secara langsung dalam kuiz lumayan ini tetapi ia mencetuskan keinginan untuk turut berkongsi rasa gementar dan kecewa apabila peserta di kaca TV gagal merangkul hadiah.

Walaupun rancangan memberikan pulangan yang baik kepada stesen TV tetapi ia tidak semestinya memberi pulangan yang serupa kepada khalayak TV tempatan kecuali yang membawa pulang banyak hadiah lumayan.

Selepas Roda Impian dan Who Want To Be Millionaire, pasti akan menyusul banyak rancangan beradu nasib lain yang barangkali menawarkan hadiah lebih hebat.

Cukuplah dengan Roda Impian dan Who Want To Be Millionaire. Barangkali untuk akan datang, rancangan kuiz wajar menekankan nilai-nilai sosial yang sihat seperti kekeluargaan selain hadiah lumayan.

Ini membuktikan tidak semua konsep yang dibawa dari luar sesuai kepada masyarakat tempatan. Stesen TV seharusnya peka kepada isu-isu lain yang mungkin tercetus dari keghairahan memburu populariti seperti ini.

E-mel: [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.