saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/07/2000

DPMMKL sokong kepimpinan Tajudin Ramli

KUALA LUMPUR 30 Jun - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) hari ini melahirkan sokongan padu kepada kepimpinan Tan Sri Tajudin Ramli sebagai Presiden DPMM.

Yang Dipertua DPMMKL Datuk Syed Amin AlJeffri berkata Tajudin telah menunjukkan kepimpinan yang baik dan telah membawa kejayaan kepada dewan selama dua tahun sebagai peneraju DPMM.

''DPMMKL berdiri teguh di belakang presiden bukan sahaja kerana beliau anggota kita dan kami yang mencadangkan beliau sebagai calon presiden dua tahun lalu, tetapi juga kerana kewibawaan beliau sebagai usahawan ulung di negara ini.

''Beliau juga mempunyai pandangan yang luas, wawasan yang jauh, dan yang lebih penting dia mempunyai idea-idea yang praktikal yang boleh diamal dan dilaksanakan,'' katanya kepada pemberita di pejabat DPMMKL di sini.

Amin berkata demikian apabila ditanya mengenai hasrat Tajudin untuk meletakkan jawatan ekoran rasa tidak puas hati terhadap kerenah anggota dewan seperti yang disampaikan dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Tahunan DPMM ke-35 Sabtu lalu.

Antara lain, Tajudin, yang juga Pengerusi Penerbangan Malaysia, melahirkan rasa marah dan malu beliau terhadap anggota DPMM yang menurutnya "selalu merengek minta dibantu" dan berebutkan projek pembinaan sekolah.

Amin berkata kenyataan Tajudin adalah satu ingatan kepada anggota DPMM supaya meningkatkan prestasi dan kemajuan serta lebih fokus dalam usaha menjadi usahawan.

Justeru itu, Amin menggesa anggota dewan supaya mengadakan paradigma ke arah perkara yang positif serta memberi tumpuan kepada kerja mereka dan tidak menimbulkan isu yang remeh.

Beliau menambah, mereka yang tidak berpuas hati dengan dewan hanya golongan kecil, sementara isu seperti perebutan projek bukan merupakan perkara baru dan ia berlaku di banyak dewan-dewan negeri.

Sementara itu dalam sidang medianya hari ini, Amin mengumumkan bahawa DPMMKL akan menganjurkan Malam Jubli Perak DPMMKL pada 10 Julai ini.

Majlis yang akan berlangsung di Hotel Istana, di sini, dijangka di rasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz. Presiden dan Timbalan Presiden DPMM, Tajudin dan Datuk Abdul Rahman Maidin akan turut serta.

Amin berkata, 1,200 anggota dewan dijangka menghadiri majlis sambutan DPMMKL ke- 25 tahun itu. Satu pameran juga akan diadakan di sana sempena acara tersebut. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.