saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/07/2000

Saya tahu diri saya- Ramlah Ram

Bermula dari detik dia menyandang gelaran juara Bintang RTM pada 1985, sehinggalah muncul sebagai penyanyi wanita pertama mencatat jualan album sehingga 200,000 unit, namanya tidak pernah lekang di- sebut peminat.

Bukan itu sahaja, malah pelbagai label pernah diberikan kepada penyanyi kelahiran Kesang, Muar, Johor ini.

Antaranya termasuk penyanyi kampung - suatu gelaran yang tidak sewajarnya dilemparkan kepada penyanyi yang sebenarnya punya pencapaian vokal setanding penyanyi antarabangsa Whitney Houston.

Namun, penyanyi asuhan komposer ternama Datuk Ahmad Nawab ini tidak pernah melatah. Kesabaran menjadi pendinding dirinya.

Biarlah apa sahaja yang mahu diperkatakan mengenainya, penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ini hanya akan mengambil sikap berdiam diri tanpa mahu melenting.

Bagaimanapun, baru-baru ini Ramlah mula merasakan sesuatu yang 'kurang sedap' didengarinya mengenai cerita pertunangannya dengan jejaka pilihannya, Kamal.

Pelbagai cerita kurang berasas dan boleh menyebabkan dia berkecil hati diperkatakan oleh mereka yang seolah-olah kurang senang dengan dirinya.

Ketika menemui wartawan Pancaindera, SAHARUDIN MUSTHAFA selepas selesai mengadakan konsert Citrawarna anjuran Menara Kuala Lumpur, Ahad lalu, Ramlah sempat meluahkan kekecewaannya itu.

SAYA sendiri kurang mengerti mengapa cerita-cerita kurang berasas mengenai diri saya diperkatakan. Terbaru kononnya saya sudah pun putus tunang dengan Kamal. Ada yang kata, masalah ini berlaku kerana keluarga tidak restu. Sebagai tuan punya diri, saya merasakan apa yang diperkatakan oleh masyarakat adalah sesuatu yang kurang elok dan mengecilkan hati bukan sahaja diri saya tetapi juga keluarga kedua-dua pihak.

Untuk perhatian mereka yang tidak henti-henti mengadakan cerita mengenai saya, ingin saya jelaskan di sini, semuanya tidak berasas sama sekali.

Tolonglah jangan sesekali mengada-adakan cerita yang tiada. Saya tahu siapa diri saya, malah Kamal juga tahu siapa dirinya. Tolonglah jaga perasaan dan hati orang lain.

Malah hubungan kami baik antara satu sama lain dan janganlah cuba mengganggu hubungan baik saya dengan keluarga Kamal.

Memang majlis perkahwinan kami terpaksa ditunda kerana ada sebab-sebab tersendiri.

Insya-Allah sampai sahaja masanya saya akan umumkan jua berita perkahwinan saya, jangan dirisaukan tentang hal itu.

Kalau boleh saya dan Kamal mahu menyelesaikan pernikahan ini dengan secepat yang mungkin tetapi hanya kerana cerita-cerita kurang berasas menyebabkan kami terpaksa menangguhkannya dahulu.

Seperkara lagi, ramai juga yang bertanyakan tentang kedudukan saya di dalam syarikat rakaman BMG Music.

Ada yang kata saya berkecil hati dengan syarikat rakaman dan macam-macam cerita lagi.

Di sini ingin saya jelaskan terpulang kepada sesiapa sahaja untuk membuat andaian mereka sendiri.

Buat masa sekarang saya sedang merancang sesuatu dengan BMG Music mengenai kontrak saya. Jika ada perkembangan terbaru sekalipun saya akan mengumumkan juga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.