saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/07/2000

Zakaria Ariffin manfaatkan ledakan teater 70-an

Ketika banyak aktivis teater melemparkan kekecewaan kerana tidak diberi peluang mementaskan teater di Istana Budaya, pengarah teater Zakaria Ariffin pula tidak pernah meminta untuk diberi laluan ke Istana Budaya.

Zakaria antara aktivis teater yang membesar bersama era kegemilangan teater dekad 70-an mempunyai persepsi berbeza tentang premis untuk mengadakan pementasan teater.

Dalam direktori teater negara ini, nama Zakaria tentunya tidak dapat dipinggirkan kerana selain memiliki kewibawaan yang tinggi terhadap teater dia juga memperlihatkan sikap produktif dan konsisten dalam karya-karya teaternya.

Selain mengadakan pementasan di negara ini, Zakaria juga pernah mementaskan Matinya Seorang Pahlawan karya Usman Awang di London dan Selampit karya Dr. Anuar Nor Arai di Pesta Teater ASEAN di Manila.

''Saya belum terlintas untuk meminta peluang mementaskan teater di Istana Budaya. Premis mementaskan teater bukan sahaja di Istana Budaya,'' demikian kata Zakaria dalam temu bual di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mulai 1 Julai hingga 11 Julai ini bangsawan Siti Zubaidah arahan dan skrip oleh Zakaria dipentaskan di Istana Budaya. Ia membariskan pelakon-pelakon antaranya Tiara Jacquelina, Halim Othman, Jalil Hamid dan Sulaiman Sarijan.

''Saya ditawarkan untuk mementaskan Siti Zubaidah di Istana Budaya. Ini bagi saya bukanlah satu ukuran karya saya sudah berprestij kerana ukuran prestij ada pada karya bukan tempatnya,'' jelas Zakaria yang kini menjadi Ketua Program Penulisan Akademi Seni Kebangsaan (ASK) Kuala Lumpur.

Sebelum ini Zakaria diingati dengan teater Pentas Opera yang mengambil latar pentas bangsawan sebagai pentas manusia mencari kemanusiaan dan perjuangan. Kemudian menyusul Perempuan Seorang Leftenan Inggeris yang menonjolkan salah satu watak dari Pentas Opera.

Zakaria juga mementaskan Raja Lawak yang cukup sinikal dan muncul sebagai teater paling popular apabila dibawa ke beberapa bandar utama untuk mendekati masyarakat. Raja Lawak menyingkap hari-hari terakhir seorang pelawak yang ditinggalkan oleh zaman kegemilangannya.

''Semasa mementaskan Raja Lawak, saya ditawarkan oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan untuk dimasukkan dalam program teater sebabak di Matic. Itupun saya tidak pernah memohon,'' kata Zakaria.

Mengenai kritikan ke atas Istana Bu-daya yang dikatakan tidak membuka peluang kepada banyak aktivis lain, Zakaria enggan mengulas lanjut kerana dia menganggap isu Istana Budaya bukan isunya.

''Saya lihat keadaan berteater telah jauh berubah. Masa tahun 70-an dan 80-an dulu, aktivis teater perlu survival, sekarang saya nampak lain pula,'' kata Zakaria yang merasai bahang ledakan kebangkitan pelajar dalam teater dekad 70-an.

Dia membayangkan ketahanan mental dan fizikal yang telah jauh berubah itu disebabkan oleh persekitaran yang tenang dan tidak seperti dekad ''marah-marah'' 70-an.

Katanya, dekad kebangkitan pelajar telah melahirkan banyak teater-teater yang bernada protes terhadap sistem sosial serta politik. Penglibatan golongan pelajar juga telah mengangkat teater dekad 70-an.

Dia semacam kecewa dengan keadaan yang sangat lesu dalam teater tempatan ketika ini dan isu yang diperjuangkan ada kalanya tidak memperlihatkan kematangan bagi mengangkat prestij teater pada abad baru ini.

''Saya melihat institusi pengajian tinggi sekarang ini tidak seperti dulu yang kelihatan menjadi pemangkin kepada kebangkitan teater,'' ujar Zakaria.

Dekad 70-an telah melahirkan banyak aktivis teater muda dari kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Antara nama-nama yang terus sinonim dengan teater Malaysia ialah Johan Jaaffar, Dinsman, Dr. Hatta Azad Khan dan banyak lagi.

''Saya tidak bermaksud kita kembali marah-marah seperti dulu. Tetapi ada baiknya dibangkitkan semangat berteater yang tidak ditenggelamkan oleh hal-hal yang agak meremehkan,'' kata Zakaria yang mementaskan Imam adaptasi dari novel Sasterawan Negara Datuk Abdul-lah Hussein.

Mengenai bangsawan Siti Zubaidah yang ditampilkan dengan pendekatan yang berbeza daripada bentuk tradisinya, Zakaria sejak awal lagi telah bersedia untuk menerima kritikan daripada aktivis bangsawan.

Antaranya dia tidak mewujudkan extra turn sebagai selingan antara babak ke babak tetapi mengekalkan konsep extra turn dengan teknologi canggih yang ada di Istana Budaya.

''Saya melihat fungsi extra turn dalam bangsawan sebagai hiburan yang terasing dengan cerita. Konsep extra turn masih ada dalam Siti Zubaidah dan mempunyai hubungan dengan cerita,'' jelasnya.

Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.