saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 07/07/2000

Yayasan Vokasional melatih wanita tingkatkan kemahiran

PENGALAMAN lebih 15 tahun dalam dunia perbankan dan perniagaan syarikat penerbangan menjadikan anak jati Johor ini, Mariamah Jaffar merasa cukup puas dengan kerjayanya.

Namun setelah menabur jasa pada keluarga dan diri timbul pula keinginan untuk berbakti kepada masyarakat.

Niat murninya disalurkan dengan menubuhkan Yayasan Pendidikan dan Vokasional Wanita Malaysia (YPVWM), di Jalan 227A, Petaling Jaya, Selangor.

Dalam satu pertemuan khas di pejabatnya baru-baru ini Mariamah menyatakan, kepuasan kerjaya terdahulu dapat dirasainya dalam bentuk wang ringgit setelah bertungkus-lumus bekerja, mengatasi segala macam cabaran dan saingan.

Apabila mengusahakan sesuatu program berbentuk amal kepuasan yang dirasakan sukar digambarkan dengan kata-kata, tidak sama dengan nilai wang ringgit dan keuntungan kerana cuba memajukan masyarakat dengan menghulurkan tenaga, biaya juga mengorbankan masa.

Mariamah, presiden yayasan yang ditubuhkan pada 18 Ogos tahun lalu memberitahu, antara objektif yayasan ialah menyediakan prasarana pendidikan bagi melatih dan meningkatkan kemahiran wanita dalam bidang teknikal dan vokasional selaras dengan arus perkembangan industri dan ekonomi semasa negara.

Yayasan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahrizat Abdul Jalil hari ini (7 Julai 2,000), telah mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Hal Ehwal Wanita (Hawa) bagi melicinkan operasinya, adalah satu-satunya institusi melatih wanita di seluruh negara.

Di samping itu yayasan juga memberi peluang dan membantu wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara golongan yang diutamakan untuk menerima bantuan itu ialah mereka yang dalam lingkungan belasan tahun di luar bandar seperti dari kawasan Felda, atau penghuni-penghuni rumah kebajikan yang mahu mendapatkan kemahiran khusus seperti teknologi maklumat, jahitan untuk keperluan industri atau kemahiran-kemahiran vokasional yang lain.

Mariamah lebih senang melawat terus ke tempat-tempat tersebut sambil menawarkan khidmat yayasan demi memberi harapan baru kepada mereka yang difikirkan patut menerima bantuan latihan.

Sebagai contoh, Mariamah ingin membantu anak-anak gadis yang sudah terlanjur dan terpinggir untuk diberi 'pengupayaan' mencari kemahiran dan seterusnya mengisi kehidupan dengan cara yang baik dan mulia di sisi agama, dan kembali ke pangkuan masyarakat.

Begitu juga anak-anak peneroka Felda di luar bandar yang tidak mampu ke institusi pengajian tinggi swasta atau awam diambil untuk mengikuti kursus-kursus komputer selama dua minggu dengan asrama tempat penginapan turut disediakan oleh yayasan.

''Kami di sini sudah mengambil kira betapa anak-anak bangsa Melayu memerlukan bimbingan dan motivasi untuk mendaki tangga kejayaan di hari muka.

''Dengan hanya membayar yuran pendaftaran sebanyak RM50 anak-anak muda kita boleh mendapatkan kemahiran serta menerima sijil dan transkrips mata-mata pelajaran kemahiran yang didapati daripada yayasan.

''Kami mempunyai jaringan kerjasama dengan beberapa pihak untuk menerima pelajar-pelajar kami yang sudah ditauliahkan dengan kemahiran-kemahiran tertentu seperti menjahit pakaian seragam dan sebagainya,'' katanya.

Kini yayasan telah pun mengeluarkan lebih 300 pelajar berkemahiran dan ramai juga sudah diserapkan dalam pelbagai industri.

Setiap dua minggu yayasan mampu mengeluarkan seramai 25 pelatih berkemahiran dalam bidang komputer dan jahitan.

Para pelatih itu turut diselitkan dengan pelajaran bahasa Inggeris kerana Mariamah percaya bahasa itu perlu untuk tujuan komunikasi berkesan dengan masyarakat sekeliling.

Mariamah, ibu kepada empat orang anak percaya remaja hari ini tidak boleh ketinggalan dalam bidang kemahiran teknologi maklumat yang sangat penting dalam urusan seharian termasuklah bidang perniagaan.

Tanpa kemahiran komputer tidak mungkin remaja mampu bersaing di pasaran pekerjaan.

Beliau juga bercadang untuk mengadakan 'Latihan Insitu' di mana operasi yayasan memberi latihan vokasional di -buat di kawasan-kawasan luar bandar yang terpilih di mana unit-unit bergerak yayasan akan mengelolakan kelas-kelas latihan sekurang-kurangnya selama lima hari.

Yayasan mempunyai tenaga terlatih seramai lapan orang turut memberi galakkan dan kaunseling kepada wanita daripada usia 18 hingga 45 tahun untuk menceburi bidang kerjaya yang sesuai dengan kemahiran mereka dalam pekerjaan.

Kemahiran dalam bidang teknikal terutama bidang komputer, telekomunikasi, elektronik dan mekatronik amat diperlukan pada masa negara menuju ke arah sebuah negara maju berorientasikan industri dan teknologi tinggi.

Oleh: ZAHARANI ASRAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.