saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 14/07/2000

Kampung Siliau diganggu lalat

Saudara Pengarang,
KAMI penduduk Kampung Siliau, Rantau, Negeri Sembilan telah lama bimbang akibat gangguan lalat yang menghuni dan mengganggu kehidupan kami seharian.

Kampung kami yang penduduknya sekitar 250 buah rumah berpusatkan reban ayam lebih 15 buah bangsal kepunyaan pihak individu yang menempatkan 60,000 ekor ayam.

Masalah kami telah berlanjutan tanpa sebarang tindakan yang diambil pihak berkenaan. Di sini kami merayu pihak Kementerian Kesihatan daerah untuk meninjau ke tapak projek untuk membasmi lalat-lalat tersebut atau menutup terus reban-reban ayam tersebut.

Penduduk kampung kami berharap kepada pihak yang berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kami penduduk kampung ini sudah kehilangan punca untuk menghapuskan lalat-lalat terutama ketika mengadakan kenduri kahwin. Tunjukkan sikap prihatin pada pihak-pihak yang tertentu untuk mengatasinya. - UJANG, Rantau, Negeri Sembilan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.