saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 14/07/2000

Wanita mahir keperluan masa kini


SHAHRIZAT sedang bertanyakan sesuatu kepada salah seorang pelatih komputer di Yayasan Pendidikan & Vokasional Wanita Malaysia, di Petaling Jaya, Selangor baru-baru.


Manakala mengikut laporan penyiasatan tenaga buruh 1998, daripada 8.88 juta tenaga pekerja, 2.97 juta atau 33.7 peratus terdiri daripada wanita. Daripada peratusan ini kebanyakan mereka tiada kemahiran dan berkerja dengan upah yang rendah.

"Wanita perlu anjakan paradigma, menjadi proaktif dan melengkapkan diri dengan daya kreativiti yang tinggi,'' kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahrizat Abdul Jalil sewaktu merasmikan yayasan pendidikan & Vokasional Wanita Malaysia (YPVWM) di Petaling Jaya baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, ramai wanita mempunyai kemahiran diri seperti memasak dan menjahit. Bagaimanapun kemahiran ini belum cukup mantap untuk diperdagangkan tanpa pengetahuan pengurusan dan daya kreativiti yang tinggi.

Menghadapi tahun 2000 dan masa mendatang wanita perlu menyiapsediakan diri dengan ilmu-ilmu yang mengikut kehendak pasaran am. Antara komponen paling mustahak yang perlu ada pada diri mereka adalah daya kreativiti dan kemahiran berhubungan.

Katanya, "Hari ini majikan mencari pekerja yang serba boleh. Walaupun mereka hanya mahu mengambil penyambut tetamu, tetapi ciri-ciri yang dikehendaki bukan setakat boleh mengendalikan panggilan telefon malah tinggi budi bahasa dan pandai mengendalikan komputer.

"Oleh itu wanita perlu menjadi serba boleh. Seperti dahulu selain pandai mengaji dan memasak mereka mempunyai kebolehan lain. Begitu juga hari ini. Cuma kemahiran ini mesti dipertingkatkan mengikut dan memenuhi kehendak semasa,'' ujarnya.

Cara seseorang berkomunikasi memainkan pengaruh yang besar dalam usaha memasarkan kemahiran diri.

Beliau turut menegur anak-anak muda sekarang yang lokek senyuman, sedangkan senyuman antara bahasa komunikasi yang besar pengaruhnya.

Menurut Shahrizat, YPVWM adalah projek Jabatan Hal Ehwal Wanita (Hawa) untuk membantu anak-anak remaja perempuan dan wanita Malaysia terutama golongan luar bandar yang tidak berkemampuan, untuk melengkapkan diri dengan kemahiran semasa sebagai persediaan diri memasuki dunia pekerjaan yang semakin mencabar.

"Buat masa kini kebanyakan latihan kemahiran dalam bentuk jangka pendek, iaitu antara satu hingga sebulan. Antara latihan yang diadakan adalah kemahiran komputer, selenggaraan automotif, jahitan asas pakaian, perhotelan dan komunikasi bahasa Inggeris,'' ujarnya.

Bagi kemahiran komputer, pelajar didedahkan kepada mengenal komputer peribadi, window 98/2000, pemproses kata, microsoft-excel dan microsoft power point. Sehingga dilancarkan yayasan ini telah mengeluarkan 330 pelajar yang berkemahiran dalam pelbagai aspek.

YPVWM dijangka akan mengadakan kerjasama dengan majlis Latihan Vokasional Kebangsaan bagi mengendalikan program tahap 2 dan 3, latihan jangka panjang peringkat sijil kemahiran Malaysia (3-4 bulan) dan setaraf diploma (4-6 bulan).

Kursus-kursus ini bagi melengkapkan pelatih-pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran setara dengan pelajar-pelajar lulusan pengajian tinggi.

Mereka yang berminat hanya dikenakan bayaran pendaftaran RM50, tempat tinggal dan makan minum disediakan secara percuma. Bagaimanapun bagi pelajar/wanita yang tidak berkemampuan bayaran minimum akan dikenakan.

Boleh menempatkan 60 pelajar, pengambilan terhad kepada 15 - 25 pelajar dalam satu masa bagi satu kemahiran. Bagi kursus perhotelan, ia diadakan di Juita Inn Kota Bharu, Kelantan.

Mereka yang berminat boleh hubungi YPVWM, 17 GF, Jalan 51/A/227A, Petaling Jaya, 46100. Tel: 03-7541244 atau Fax; 03-7540694.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.