saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/07/2000

Mas Idayu berduet bukan penghormatan


MAS IDAYU.


SESUATU yang selalu didengar daripada penyanyi tempatan ialah kegembiraan yang luar biasa apabila ada penyanyi luar membayangkan keinginan untuk berduet dengan mereka. Malah seolah-olah prestij penyanyi tempatan hanya diukur apabila turut terlibat dalam album bersama artis luar negara. Sedangkan pada masa yang sama ia tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan.

Bagi sesetengah penyanyi, bekerjasama dengan artis popular negara luar adalah sesuatu yang akan mengangkat tahap profesionalisme mereka.

Bagaimanapun berbeza dengan penyanyi Mas Idayu yang menganggap tawaran merakamkan lagu duet dengan penyanyi luar hanya yang biasa. Malah dia melahirkan rasa kurang selesanya apabila diberi peluang untuk berbuat demikian.

Dia tidak mahu berbangga kerana bimbang dianggap terlalu mengharap untuk menumpang populariti artis luar yang jauh lebih popular. Dia tidak menganggap itu satu penghormatan besar dalam karier nyanyiannya.

Sebelum ini difahamkan penyanyi dangdut ini akan berduet dengan pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan. Berita mengenai perkara ini telah lama tersebar sekalipun projek itu masih belum menampakkan kepastian.

Bagaimanapun hanya awal Ogos depan, penyanyi ini berpeluang untuk ke Bollywood untuk menguruskan projek berkenaan.

''Itupun belum dipastikan sama ada Shah Rukh Khan atau Salman Khan yang akan menjadi rakan duet saya,'' jelasnya.

Mas Idayu akan ditemani oleh pihak pengurusan Warner Music ketika berada di negara tersebut.

Menurut penyanyi ini, mungkin ada yang menganggap dia terlalu berbangga dengan pelbagai peluang yang diberikan oleh syarikat rakaman kepadanya.

Malah tidak kurang yang menganggap kenyataan mengenai kerjasama itu tidak lebih hanya bertujuan mendapatkan publisiti murah bagi penyanyi ini.

''Mungkin ada yang menganggap saya terlalu berminat dengan tawaran itu. Dan ada juga yang mengatakan saya terhegeh-hegeh mahu berduet dengan artis popular Bollywood itu,'' ujar Mas Idayu.

Kata Mas Idayu, itu bukan sifatnya malah tidak pernah merasa bangga dengan peluang yang diberikan itu.

''Saya menerima segala peluang kerana itu adalah perancangan syarikat rakaman, bukan atas kehendak saya sendiri,'' jelasnya kepada Utusan.

Menurut penyanyi ini, dia tidak pernah merasa bangga sekalipun berpeluang berduet dengan artis ternama di luar negara termasuk aktor popular Bollywood kerana beberapa sebab.

Antaranya di sebalik sanjungan terhadap artis luar, tidak banyak yang mengetahui keadaan artis tempatan apabila bertandang ke negara mereka.

''Sikap sebahagian besar artis luar yang tidak menghormati artis tempatan menyebabkan saya agak takut.

''Seperti menjadi satu lumrah, artis tempatan akan dipandang lebih rendah oleh rakan-rakan mereka di negara luar di dalam apa juga keadaan,'' katanya lagi.

Menurut Mas Idayu, sekalipun di dalam banyak keadaan artis tempatan lebih berbakat dan hebat, kerana populariti meluas, artis luar lebih mendapat tempat.

Mas Idayu adalah satu-satunya artis tempatan yang diberi penghormatan untuk terlibat di dalam konsert Millennium Bollywood 2000 di Stadium Bukit Jalil 29 Julai ini.

Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.