saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/07/2000

Mas Idayu panas punggung

Peminat setia yang gilakan aktres dan aktor terkenal seperti Mahima Chaudry, Shilpa Shetty, Raveena Tandon, Urmila Matondkar, Sushmitha Shen, Akshay Kumar, Akshaye Khanna, Chandrachur Singh dan Aditya Pancholi memang 'dah tak lena' tidur sekarang ini.

Tetapi jangan tidak percaya, dalam ramai-ramai yang tidak sabar menantikan kemunculan bintang Bollywood itu, Ratu Gelek 45 Darjah, Mas Idayu lagi panas punggung!

Mesra dengan panggilan Ayu, penyanyi yang bernaung di bawah bumbung Warner Music ini diberi penghormatan oleh penganjur konsert Equal Productions Network Sdn. Bhd. sebagai penyanyi jemputan.

"Saya bersyukur dengan tawaran yang diberikan penganjur dan sebagai satu-satunya artis tanah air yang akan beraksi pada malam itu, saya akan berusaha memberikan yang terbaik untuk peminat,'' katanya kepada Pancaindera.

Penyanyi bertubuh genit dan seksi ini mengakui, dia memang sudah tidak sabar-sabar lagi nak 'pukul' aktres dan aktor Bollywood pada malam itu.

Ditanya maksudnya, Ayu menjelaskan, artis Malaysia sebenarnya memiliki bakat yang lebih hebat daripada artis Bollywood.

"Artis Bollywood memang handal menari tetapi berapa ramai di antara mereka yang boleh menyanyi apatah lagi untuk beraksi di pentas secara live,'' tegasnya.

Ayu akui biarpun belum memiliki nama sehebat Shusmitha Sen misalnya, tetapi dia punya bakat menari dan lebih daripada itu, punya suara untuk menyanyi secara live.

Bagi Ayu, sebenarnya bukanlah dia seorang sahaja artis Malaysia yang mampu 'pukul' artis Bollywood sebaliknya ramai lagi artis tempatan yang punya suara dan kehebatan berupaya berbuat demikian.

"Artis kita tak macam artis Bollywood yang kebanyakannya terpaksa pinjam suara orang lain ketika beraksi di pentas,'' tegasnya.

Apa pun, dalam pada berani, Ayu sebenarnya gementar menunggu reaksi daripada peminat Bollywood negara ini

"Saya bimbang kalau-kalau ada peminat yang menganggap kehadiran saya hanya sebagai penyanyi tempelan sahaja,'' katanya.

Bagi Ayu, reaksi peminatlah yang akan menentukan 'pukulannya' menjadi atau tidak.

"Saya berusaha untuk memberikan persembahan terbaik pada konsert itu nanti dan untuk itu, saya perlukan sokongan padu daripada semua peminat,'' ujarnya merendah diri.

Dengan menyampaikan tiga buah lagu hitnya, Bolehlah Boleh, Setengah Jam dan Dendang Asrama, Ayu berharap peminat akan dapat menerima kehadirannya sebagai 'duta negara'.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.