saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 20/07/2000

Program matrikulasi apabila berakhirnya 'kerjasama' IPTS

Memandangkan ketika itu kementerian hanya mempunyai sebuah kolej matrikulasi yang terletak di Melaka maka kerjasama IPTS diperlukan.

Berikutan itu, satu memorandum perjanjian (MoA) telah ditandatangani dengan sebuah konsortium IPTS bumiputera yang terdiri dari 18 buah kolej swasta.

MoA itu ditandatangani pada 12 Julai 1999 dan berkuat kuasa empat hari kemudian untuk tempoh tiga tahun.

Sebanyak 10 syarat dikenakan terhadap institusi berkenaan, antaranya, IPTS terlibat perlu menyediakan dan menguruskan tempat penginapan pelajar dalam kampus atau berhampiran dengan kampus dalam jarak boleh berjalan kaki serta menyediakan tempat dan kemudahan pengajian yang lengkap dan memuaskan sebagaimana ditentukan oleh kerajaan.

Sungguhpun syarat itu 'agak berat' untuk dipenuhi kerana memerlukan kos yang tinggi tetapi beberapa kolej swasta mengambil langkah berani dengan membina kampus sendiri yang berharga berjuta-juta ringgit.

Namun apabila syarat itu dipenuhi bak seperti kata pepatah "ku sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari''.

Tanpa disangka-sangka, kementerian memutuskan untuk hanya memberi pelajar baru matrikulasi kepada kolej swasta yang menunjukkan prestasi cemerlang sahaja.

Maka dengan itu, hanya tujuh buah kolej swasta iaitu Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Pulau Langkawi, Kedah, Kolej Taj, Sungkai, Perak, Kolej Ibukota, Kota Kinabalu, Sabah, Kolej Chermai Jaya, Kuching, Sarawak, Kolej Chermai Serting, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Kolej Teras Timur, Dungun, Terengganu dan Kolej Teknologi Timur, Sepang, Selangor mendapat pelajar baru matrikulasi pada sesi Julai 2000/2001 lalu.

Pada sesi itu, sebanyak 5,000 pelajar baru mendaftar iaitu 4,000 di lima buah kolej kementerian dan empat buah kolej Mara serta 1,000 lagi di tujuh buah IPTS berkenaan.

IPTS yang tidak menerima pelajar sudah tentu keluh kesah manakala institusi yang mendapat pelajar masih gelisah kerana jumlahnya dikatakan tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan kos.

Pendaftar Kolej Lagenda, Pulau Langkawi, Sabri Ghazali berkata, kolej itu sudah tawar hati untuk meneruskan program matrikulasi.

Katanya, pada masa sekarang kolej itu mempunyai 647 pelajar ambilan pertama dan kedua.

"Kolej tidak menerima pelajar untuk ambilan Julai 2000/2001 tetapi ia tidak menjadi masalah kerana kolej sudah membuat perancangan rapi bagi menjalankan program pengajian lain.

"Selepas pelajar ambilan pertama dan kedua tamat, kolej tidak berminat lagi untuk meneruskan program matrikulasi,'' katanya kepada Utusan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, kolej akan memperkenalkan beberapa program baru yang dijalankan secara kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia mulai bulan ini.

Pengarah Eksekutif Kolej Negeri, Negeri Sembilan, Che Nu Mohd. Sain, berkata, pihaknya kesal dengan langkah kementerian itu.

Menurutnya, sebanyak 266 pelajar ambilan pertama akan menamatkan pengajian pada bulan Oktober ini.

"Apabila mereka keluar maka kolej hanya mempunyai 370 pelajar ambilan kedua yang akan tamat pengajian pada tahun depan,'' katanya.

"Kementerian berjanji untuk mengganti jumlah pelajar yang keluar kerana mendapat tawaran lain tetapi bukan sahaja pelajar gantian tidak dapat malah pelajar baru juga tidak diberi,'' katanya.

Katanya, jumlah yang ada sekarang tidak mampu menampung keseluruhan kos yang telah dilaburkan.

Ketua Eksekutif Kolej Chermai Serting, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Ibrahim Ismail, berkata, kementerian sepatutnya tidak mempelawa Kolej Mara untuk menjalankan program matrikulasi.

"Tindakan itu telah mencantas peluang IPTS bumiputera untuk memajukan sektor pendidikan masing-masing,'' ujarnya.

Berikutan itu, beliau merayu agar semua pihak yang terlibat dalam perkara itu menyelesaikan secepat mungkin masalah ini.

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Prof. Madya Dr. Mokhtar Bidin memberitahu Utusan, langkah itu semata-mata dilakukan untuk menjaga kepentingan pelajar-pelajar Melayu dan bumiputera dan bukannya untuk kepentingan segelintir pengendali kolej swasta bumiputera.

"Tindakan kementerian untuk melaksanakan program matrikulasi bertujuan menyeragamkan mutu pendidikan pelajar matrikulasi,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.