saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 21/07/2000

Lebuh raya baru...atasi kesesakan lalu lintas


LEBUH Raya Pintasan Kajang sepanjang 7.5 kilometer ini dijangka siap penghujung tahun ini dijangka mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar Kajang.


Secara umumnya, sebanyak tiga lebuh raya baru akan dibina untuk menampung peningkatan mendadak kenderaan yang melalui pekan tersebut untuk melancarkan pergerakan lalu lintas.

Yang Dipertua MPKj, Mohd. Yusop Mat Judin memberitahu, tiga lebuh raya tersebut ialah Lebuh Raya Pintasan Kajang, Lebuh Raya Kajang-Seremban dan Lebuh Raya Lingkaran Kajang yang saling berhubung antara satu sama lain.

Ketika ini menurut beliau, dua lebuh raya sedia ada yang menghubungkan Kajang dengan ibu negara iaitu Lebuh Raya Cheras-Kajang dan Kuala Lumpur-Seremban masih belum mampu mengatasi masalah kesesakan di pekan itu.

"Sehubungan itu warga Kajang perlu mempunyai beberapa lebuh raya yang baru supaya masalah kesesakan lalu lintas itu dapat di atasi sepenuhnya,'' jelas beliau.

Selama ini menurutnya, ribuan kenderaan tertumpu di pekan tersebut kerana kebanyakan laluan utama melalui kawasan tersebut sehingga mewujudkan kesesakan yang serius.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh pengguna jalan raya tidak mempunyai pilihan selain menempuh kesesakan tersebut kerana tiada jalan alternatif untuk menyuraikan lalu lintas itu.

Untuk mengurangkan kesesakan itu Mohd. Yusop memberitahu, Lebuh Raya Pintasan Kajang sepanjang 7.5 kilometer yang kini sedang dalam pembinaan akan membolehkan kenderaan tidak lagi tertumpu di pekan tersebut.

Lebuh raya berharga RM20 juta yang dijangka siap akhir tahun ini akan membolehkan kenderaan dari ibu negara menghala ke Semenyih atau sebaliknya tidak melalui pusat bandar.

Selain itu, Lebuh Raya Lingkaran Kajang sepanjang 37 kilometer pula dijangka siap pada tahun 2003 dan pembinaannya kini baru 10 peratus siap.

Lebuh raya ini seolah-olah membentuk sebuah bulatan mengelilingi kawasan Kajang bertujuan untuk menyuraikan sistem lalu lintas.

Sementara itu, Lebuh Raya Kajang-Seremban sepanjang 48.5 kilometer kini sedang dalam perancangan dan masih belum dibina.

Ketiga-tiga lebuh raya tersebut apabila siap kelak jelas beliau, akan menjadikan laluan trafik di kawasan pentadbiran MPKj menjadi lebih lancar kerana banyak kenderaan tidak perlu lagi melalui pusat bandar.

"Kalau sekarang lori-lori pasir atau lori balak melalui jalan di pusat bandar Kajang tetapi ia mungkin tidak kelihatan lagi setelah pembinaan lebuh raya berkenaan selesai.

"Kenderaan terbabit akan mempunyai lebuh raya alternatif tidak seperti sekarang yang hanya mempunyai satu laluan utama untuk keluar dan masuk di Kajang,'' katanya.

Selain pembinaan lebuh raya baru beliau berkata, MPKj akan terus menjalankan operasi mengangkut dan mengunci kenderaan yang didapati melakukan kesalahan meletak kenderaan sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya di pusat bandar.

"Perkara itu penting kerana ia adalah sebagai salah satu usaha MPKj untuk mendisiplinkan orang ramai supaya sama-sama memainkan peranan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di situ.

"MPKj juga akan membina sebuah pusat meletak kenderaan bertingkat bernilai kira-kira RM200,000 dan ia boleh memuatkan sebanyak 300 kenderaan dalam sesuatu masa bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta,'' kata beliau.

Jelasnya, MPKj memang mengakui masalah kekurangan tempat meletak kereta di bandar Kajang, oleh itu orang ramai digalakkan supaya meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan bandar dan hanya berjalan kaki untuk memasuki kawasan bandar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.