saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/07/2000

Himpunan lagu-lagu Rabbani

Kumpulan Rabbani yang pernah dikenali sebagai Nada Murni selama 10 tahun itu adalah di antara kumpulan yang dianggap perintis mempopularkan irama nasyid negara ini.

Rabbani yang telah menerbitkan tiga album dan sebuah album khas sempena Maulidul Rasul telah menghasilkan lagu-lagu yang boleh membangunkan rohani dan jasmani pendengar.

Menerusi lagu-lagu mereka, Rabbani mampu mengajak peminat merenung sejenak hakikat sebenar kehidupan di dunia dan akhirat.

Selain dari mesej yang disampaikan begitu indah dan simbolik, Rabbani juga telah berjaya mempelbagaikan irama lagu mereka dengan pelbagai cita rasa muzik dalam bahasa Melayu dan Arab ataupun gabungan kedua-duanya sekali.

Selain daripada nasyid klasik, Rabbani jelas begitu berani mempertaruhkan irama enigma, pop moden, unsur-unsur lagu rakyat ulik mayang dan dikir barat dalam lagu-lagu dendangan mereka. Ini sekali gus membuktikan irama nasyid boleh menjadi komersial jika kena pada tempat dan masa.

Menerusi album terbaru Iqrar 1421 yang telahpun berada di pasaran, Rabbani mengumpulkan 16 lagu-lagu terbaik dendangan mereka yang dipetik daripada album sebelum ini.

Turut dimuatkan dalam album ini ialah hadis Qudsi dan surah Al Ahzab Ayat 56 yang pasti dapat memberi kepuasan kepada peminat sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai kumpulan nasyid berkaliber.

Menerusi album koleksi ini juga LY menunjukkan bakatnya dengan mencipta sebuah lagu nasyid berunsur pop melalui lagu Iqrar.

Selain itu Rabbani juga turut mendendangkan semula lagu popular mereka, Assalammualaikum yang dipetik daripada album pertama dengan memberikan pembaharuan dalam susunan muzik dan arah tuju genre nasyid.

Lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU, sedikit sebanyak telah mengubah persepsi ramai terhadap lagu-lagu nasyid dianggap tidak mempunyai nilai komersial.

Kejayaan lagu Pergi Tak Kembali yang disenaraikan sebagai sepuluh lagu paling popular di carta lagu salah sebuah stesen radio swasta begitu memeranjatkan.

Antara lagu-lagu yang terpilih untuk album ini ialah Berkorban Apa Saja, Muhammad Ya Habibi, Sollah Ala Yasin, Solla' Alaikallah, Anak Soleh, Bidadari, Kebesaran Allah, Adab Dan Sopan, Ingat 5 Sebelum 5, Zikir Kifarah, Sifatullah, Munajat dan Hidayah.

Seperti biasa setiap kali muncul dengan album baru, Rabbani cuba melaksana program yang menjurus kepada persejagatan Islam.

Kali ini Rabbani menawarkan satu tiket penerbangan pergi balik ke China kepada peserta yang menyertai peraduan yang akan dianjurkan sempena pelancaran album ini nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.