saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/07/2000

S4S bangga lahirkanAndai Menunggu

Tergolong dalam kategori irama pop komersial, album sulung S4S berjudul Andai Menunggu mengandungi lagu-lagu merdu seperti Andai Menunggu, Pentas Dunia dan Jangan Mengkhayal.

Lagu Andai Menunggu, sebuah balada yang cukup mendayu-dayu serta Jangan Mengkhayal yang diperkemaskan dengan irama 60-an kini sering ke udara di saluran radio.

"Kami cukup bangga dengan album sulung ini,'' kata penyanyi S4S, Sham.

Kumpulan tersebut ditubuhkan oleh komposer Izman dari Nada Studio pada tahun 1998.

Walaupun baru sebagai artis rakaman namun kumpulan tersebut sebenarnya sudah lama membabitkan diri dalam bidang muzik.

Keempat-empat anak muda yang menganggotai kumpulan ini iaitu Pizal (bass), Spencer (gitar), Ally (deram) dan Sham (vokalis) sudah berkecimpung dalam dunia muzik sejak di bangku sekolah lagi.

Pizal, misalnya, ditemui ketika beraksi dalam pertandingan Battle of The Bands. Ketika itu dia mempunyai kumpulan muziknya sendiri, Silent.

Begitu juga dengan Spencer yang cukup aktif dengan kumpulan muziknya, I.M.A.

Sham dan adiknya Ally pula sering menyertai pelbagai pertandingan muzik di sekitar Lembah Klang.

Sebagai kumpulan baru, S4S mengakui jalan menuju ke puncak kejayaan pasti berliku. Apatah lagi dengan persaingan dunia hiburan sekarang. Banyak kumpulan seperti S4S tumbuh seperti cendawan.

Cabaran untuk melangkah ke dunia seni itu terasa pada awal pembabitan S4S sebagai artis rakaman.

Rakaman album sulung mereka mengambil masa yang agak lama iaitu lebih setahun setelah timbul pelbagai insiden.

Antaranya termasuk kematian bapa Sham dan Ally yang menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan proses rakaman buat sementara waktu.

Biar apa pun, anggota-anggota S4S bersyukur kerana album tersebut berjaya berada di pasaran juga akhirnya.

Kata S4S, mereka perlu bersikap optimis tentang masa depan mereka dalam bidang muzik.

Mereka kini tekun mengadakan pelbagai promosi di samping latihan intensif.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.