saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/07/2000

Bintang HMI melahirkan penyanyi berbakat


NOOR HASLIAH (tengah), Nik Hannah (kiri) dan Norhashima selepas memenangi pertandingan Bintang HMI di Shah Alam malam kelmarin.


Pertandingan Akhir Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) 2000 yang diadakan malam kelmarin telah mengembalikan kegemilangan Bintang RTM sebuah pertandingan nyanyian yang berprestij anjuran RTM.

Selepas RTM tidak lagi menganjurkan Bintang RTM, kemampuan peserta peringkat akhir Bintang HMI 2000 kelihatan menyerlah sebagai penyanyi.

Mereka mempunyai suara yang baik malah membuat persiapan mental dan fizikal untuk merebut gelaran juara pada pertandingan yang diadakan di Auditorium MPSA, Shah Alam.

Malah dari segi vokal, kesemua lapan peserta peringkat akhir ini memperlihatkan mutu suara yang memberangsangkan.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan suara mereka lebih mantap jika dibandingkan dengan beberapa penyanyi baru yang telah menghasilkan album.

Siri Pertandingan Bintang HMI 2000 ini dijuarai oleh Noor Hasliah Abu Hassan, 19, dari Johor Bahru yang menyanyikan lagu Andainya dan Ku Ingin Lari.

Dia menerima hadiah wang tunai RM2,000, trofi dan barangan elektrik yang disampaikan oleh Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaacob.

Selain menjuarai Bintang HMI 2000, Noor Hasliah juga berjaya membolot hadiah Persembahan Terbaik dengan wang tunai RM1,500.

Dia yang pernah menyertai pertandingan Bintang RTM sebelum ini mendapat sokongan penuh daripada keluarga terutama bapa saudaranya penyanyi Azizul Khamis.

Pada malam itu juga Azizul mendapat panggilan telefon yang menawarkan Noor Hasliah sebagai penyanyi rakaman.

Bagaimanapun tawaran itu terpaksa ditolak kerana Noor Hasliah memerlukan lebih banyak masa untuk mengenali dunia seni.

Sementara pemenang kedua pula, Norhasima Kadir, 17, yang menyanyikan lagu Menghitung Hari dan Asmara membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, piala, jam tangan dan barangan elektrik.

Norhasima memberitahu, dia tidak akan menolak jika ditawar menjadi penyanyi rakaman.

Bagaimanapun kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu, Terengganu itu dia hanya akan menerima tawaran selepas selesai menduduki peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini.

Jelas Norhasima, dia akan memasuki kelas vokal bagi memantapkan lagi mutu nyanyian sebelum menjalani rakaman.

Dia yang bercita-cita menjadi penyanyi juga menerima wang tunai RM500 untuk kategori Pakaian Terbaik.

Sebelum menyertai Bintang HMI 2000, Norhasima pernah menyertai pertandingan Bintang Asli peringkat kebangsaan.

Bagi pemenang ketiga, Nik Hannah Awanis Sufian, 19, penuntut Kolej Kurniawan, Cheras kursus akaun menganggap menyanyi adalah hobinya. Dia menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan trofi.

Dia yang mendendang lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia dan Akhirnya Kini Pasti, memilih untuk menyertai pertandingan anjuran RTM kerana terpegun dengan bakat-bakat yang dicungkil oleh RTM.

Antara yang dilahirkan menerusi pertandingan anjuran RTM ialah Sudirman, Rohana Jalil, Nora, Liza Hanim, Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah.

Menurut Nik, buat masa sekarang dia akan menumpukan perhatian pada pelajaran terlebih dahulu.

Lain-lain peserta peringkat akhir ialah Norazila Kadim, Rohaizaa Dulmat, Scandy Haizale, Shahrizatul Nina dan Suhaila Sooid.

Turut memeriahkan pertandingan itu ialah penyanyi Shawn dan tiga bakat baru yang dicungkil menerusi pertandingan Bintang Gala 2 dan Bintang RTM '99 iaitu Sapawi, Nur Fardhilla Nadia dan Nur Fatimah.

Oleh: KHADIJAH IBRAHIM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.