saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/07/2000

Shades ...kembali dengan idea baru


KUMPULAN Shades.


SETELAH menyepi tanpa sebarang album selama empat tahun, kumpulan Shades menggunakan masa itu bagi mencari idea baru untuk dikemukakan dalam album mereka yang akan datang. Kini Shades muncul kembali bersama azam dan semangat baru untuk memanjangkan karier dan menyerapkan idea di dalam muzik yang diketengahkan.

Kumpulan itu kini hanya mempunyai tiga anggota iaitu Wan, Saiful dan Nazri setelah dua lagi anggota asal, Jeri dan Iznur terpaksa menarik diri kerana ada komitmen lain.

Shades juga muncul dengan album yang lebih istimewa dengan memuatkan lagu Melayu dan Inggeris untuk mendapat khalayak lebih luas.

Album terbaru terbitan Gecko Records itu akan dipasarkan pertengahan Ogos depan.

"Kami harap album ini akan mendapat tarikan daripada peminat lagu Melayu dan lagu-lagu Inggeris,'' kata penyanyi utamanya Wan kepada Utusan.

Mereka memuatkan lima buah lagu Melayu dan lima lagu Inggeris di dalam album ketiga terbitan syarikat baru itu.

Tiga buah lagu Inggeris yang dimuatkan adalah ciptaan khusus komposer Hong Kong dan Sweden untuk dimuatkan di dalam album tersebut.

Mereka berharap menerusi lagu-lagu Inggeris yang dicipta oleh komposer luar itu sekurang-kurangnya dapat menarik minat pendengar di negara tersebut.

"Kami nyanyikan lagu-lagu tersebut mengikut gaya persembahan Shades,'' kata Wan lagi.

Dua buah lagu ciptaan komposer Sweden ialah Tonite And Forever (T.Ahlstrand) dan What Am I Suppose To Do (P. Bromanl).

Mereka turut menyanyikan lagu The Sweetest Thing dari pencipta Hong Kong dan sebuah lagu saduran berjudul Sayu dipetik dari lagu popular kumpulan Beyond.

"Memang kami berhasrat untuk menempatkan nama Shades di peringkat yang lebih luas menerusi album ini,'' ujar Saiful pula.

Mereka menyasarkan album itu ke negara Asia terlebih dahulu sebelum mendapat tempat di negara-negara lain selepas itu.

Mengenai peluang mendapatkan lagu daripada komposer luar negara kata Wan, mereka bertuah kerana penerbit album K.C.Low mempunyai hubungan baik dengan mereka.

Shades turut merakam semula sebuah lagu lama ciptaan Crisye dari Indonesia berjudul Kisah Cintaku sebagai bonus kepada peminat dari Indonesia.

Shades yakin kehilangan mereka selama empat tahun tidak menjejaskan kehadiran semula kerana mereka masih aktif mengadakan persembahan.

"Malah peminat kami sering tertanya dan tertunggu album baru daripada kami,'' jelas Nazri pula.

Mereka juga tidak nampak persaingan dengan kumpulan baru yang muncul dan tetap diterima oleh peminat kerana mereka mempunyai peminat yang tersendiri.

"Kami dan kumpulan-kumpulan baru mempunyai peminat yang tersendiri dan masing-masing mempunyai kelebihan,'' kata Wan.

Mereka juga terlibat secara langsung dalam pembikinan album tersebut kerana diberi kepercayaan oleh syarikat untuk bertindak sebagai penolong penerbit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.