saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/07/2000

Nora...bertukar syarikat rakaman


NORA.


Menurut penyanyi ini, dia berhasrat untuk beralih angin ke syarikat rakaman lain bagi mengendalikan urusan pengedaran albumnya selepas ini.

Sehingga sekarang, terdapat dua buah syarikat rakaman yang berminat untuk memberi tawaran hebat kepada penyanyi ini.

Bagaimanapun Nora belum bersedia untuk mendedahkan pilihannya kepada peminat kerana segalanya masih dalam proses perbincangan.

"Apabila sudah selesai segala-galanya, saya akan beritahu,'' jelasnya kepada Utusan.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai tindakannya itu, menurut Nora dia terpaksa meninggalkan Warner Music untuk mencari perubahan.

Jelas penyanyi kelahiran Kelantan ini, dalam mengejar kerjaya yang lebih gemilang di masa depan, dia perlu melakukan sesuatu yang berani.

"Setelah tujuh tahun di Warner Music, saya inginkan perubahan. Banyak benda dan perancangan yang akan saya buat selepas ini dan yang penting saya mahu mencuba angin baru di tempat lain,'' jelas Nora.

Sebagai penyanyi yang sudah agak lama dalam industri hiburan, penyanyi bersuara nyaring ini berpendapat dia sudah agak matang dalam memikirkan kehendak dan masa depannya sendiri.

Ini juga tidak bermakna dia kurang berpuas hati dengan syarikat rakaman lama yang dinaunginya sebelum ini.

Sebaliknya hubungan antara Nora dan pihak pengurusan Warner Music masih baik dan mereka sering berhubung antara satu sama lain terutamanya bagi menawarkan khidmat persembahan pentas.

Sesuai dengan pilihannya untuk beralih angin, menurut Nora album pertama yang akan diterbitkan oleh syarikat rakaman barunya nanti juga turut memberikan banyak kelainan kepada peminat.

Jika di dalam album Sandiwara, Debaran, Naluri dan Hanya Satu menyaksikan penyanyi ini banyak bergantung kepada lagu suaminya, Johan Nawawi dan Adnan Abu Hassan, kali ini Nora mencuba kelainan.

Album berjudul Kirana ini akan menampilkan buat pertama kalinya penyanyi ini menyampaikan lagu ciptaan kumpulan KRU berjudul Mencintaimu Semudah 123 dan sebuah lagu komposer popular, Azmeer.

"Saya ingin mencuba kelainan dengan mengambil lagu-lagu daripada ramai komposer seperti ini.

"Selain itu juga saya agak berdebar menanti reaksi peminat kepada lagu Azmeer dan KRU memandangkan ini adalah kali pertama bekerjasama dengan mereka,'' jelasnya lagi.

Menyentuh mengenai judul albumnya pula, menurut Nora, sebagai wanita dia tidak dapat lari daripada lumrah menyukai perkara yang berkaitan dengan kecantikan dan keindahan.

"Kirana bermaksud yang cantik dan indah. Jadi ia amat sesuai dengan tajuk album saya kerana kecantikan dan keindahan yang saya harapkan di dalam album ini,'' jelasnya yang memilih perkataan tersebut setelah meneliti makna yang baik di dalam sebuah kamus.

Setelah sekian lama bersabar menanti kelahiran album terbarunya, menurut Nora album Kirana akan memberikan sesuatu yang amat bermakna kepada peminat.

"Dalam arus persaingan yang hebat, hanya album dan lagu-lagu terbaik yang akan mendapat perhatian pendengar.

"Album ini amat bermakna dan saya anggap sebagai sesuatu yang amat mahal harganya bagi diri saya. Semoga ia diterima oleh semua pihak,'' jelas penyanyi ini lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.