saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 03/08/2000

Sumbangan bina masjid di Kosovo

DUTA Besar Malaysia ke Itali, Datuk Shamsudin Abdullah bersama dengan pegawainya, Syed Bakri Syed Abdul Rahman telah membuat lawatan kerja selama tiga hari ke Kosova, baru-baru ini.

Sepanjang lawatan tersebut, beliau telah menyampaikan cek sebanyak AS$100,000 yang merupakan ansuran kedua untuk pembinaan Masjid Hamdije Bajr di Mitrovica.

Keseluruhan bantuan berjumlah AS$300,000 dan ansuran pertama telah disampaikan pada Oktober lalu berjumlah AS$100,000.

Cek tersebut diserahkan kepada Presiden Persatuan Islam Mitrovica, Imam Asllan Murati di majlis yang sama, Shamsudin turut menyampaikan cek berjumlah AS$150,000 untuk pembelian komputer dan peralatan menggantikan komputer yang telah dimusnahkan oleh pihak Serbia.

Cek tersebut diserahkan kepada Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Pristina, Kosova iaitu Profesor Illir Limani.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut mengunjungi Presiden Komuniti Islam di Kosova merangkap Ketua Agama bagi keseluruhan wilayah tersebut, Mufti Dr. Hoxha Rexhep Boja.

Dr. Boja dalam pertemuan itu telah memohon jasa baik Duta Besar agar rakyat Malaysia dapat menyumbangkan bantuan kepada masyarakat Islam Kosovo.

Sumbangan yang telah disampaikan adalah sebahagian daripada Tabung Bertindak Kosovo yang telah dijanjikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar semasa lawatan beliau ke Kosovo pada awal September lalu.

Dalam rangka lawatan tersebut, Shamsudin juga mengunjungi dan beramah mesra dengan seramai 48 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat di Pristina, Prizren, Dragash dan Suhareka.

Beliau amat berpuas hati dan berbangga di atas prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh kesemua Pegawai dan anggota PDRM di bawah lambang Kontinjen Misi Bangsa-Bangsa Bersatu di Kosova (UNMIK).

UNMIK juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia melalui Duta Besar di atas sumbangan yang telah diberikan kepada misi ini.

Kontinjen tersebut turut mengharapkan agar kerajaan Malaysia terus menghantar kontinjen PDRM demi mengekalkan keamanan di Kosovo.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.