saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 09/08/2000

Johor FC cipta sejarah

JOHOR FC melakar sejarah sebagai pasukan kelab pertama layak ke pertandingan bola sepak Piala Malaysia apabila berjaya mengatasi Tentera dengan agregat 2-1 selepas menang 1-0 pada perlawanan kelayakan kedua di Stadium Pasir Gudang, semalam.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada perlawanan pertama di Cheras, Sabtu lalu.

Juara bertahan, Brunei turut layak selepas menang agregat 5-1 ke atas TNB Kelantan. Brunei menang 2-1 di Bandar Seri Begawan, semalam.

Sabah juga layak dengan agregat 7-3 selepas mengatasi Telekom Melaka 2-1 di Stadium Kubu.

Johor menafikan sejarah dicipta JKR Kelantan untuk mengikut jejak Johor FC apabila menang penentuan penalti 3-1 selepas mencatat kemenangan 1-0 pada masa penuh di Kota Bharu untuk kedua-dua pasukan terikat agregat 2-2 untuk memaksa penentuan penalti.

Johor FC bermain penuh bersemangat sebaik sahaja perlawanan bermula dan mengejutkan pasukan pelawat dengan jaringan pembukaan seawal minit kedua menerusi tendangan kencang Mohd. Shukri Ismail hasil sepakan percuma Harun Laban di luar kotak penalti.

Sementara itu di Stadium Kubu, Sabah yang berbekalkan kemenangan besar 5-2 pada perlawanan pertama di Likas Sabtu lalu, terus garang apabila menumpaskan Telekom Melaka 2-1 pada perlawanan kedua.

Namun, gol pertama perlawanan hanya hadir pada minit ke-45 menerusi jaringan Redzuan Ahmad Khan sebelum Sabah sekali lagi menggegarkan gawang tuan rumah apabila Suharmin Yusuf menendang masuk hantaran lintang Rizal Awang Jad minit ke-60.

Telekom Melaka gagal merebut peluang menjaringkan gol meskipun Sabah bermain dengan 10 orang setelah Henry Saimpon diperintah keluar padang pada minit ke-70, akibat mengasari pemain tuan rumah, Tan Gim Hong.

Apapun, jaringan gol terakhir pasukan Telekom Melaka musim ini diperoleh pada minit ke-88, hasil hantaran ketua pasukan, Rosli Hashim yang dimanfaatkan oleh G. Rameswaran.

Di Stadium Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, penyandang juara Brunei menewaskan TNB Kelantan 2-1 untuk mara dengan agregat 5-1.

Brunei menang 3-0 pada perlawanan pertama di Kota Bharu, Sabtu lepas.

Irwan Mohamad menjadi wira Brunei dengan menjaringkan dua gol pada minit ketiga dan 37 sementara Ruzlan Ismail menyumbat gol sagu hati TNB Kelantan pada minit ke-33.

Kejayaan mara ke persaingan Piala Malaysia sudah pasti mengubat luka Brunei setelah tersingkir ke Perdana Dua apabila menghuni tempat tercorot Perdana Satu musim ini.

Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu, S. Sutesh menjaringkan gol tunggal Johor pada masa penuh perlawanan kedua kelayakan untuk mengikat agregat 2-2 dengan JKR Kelantan.

Jaringan Sutesh pada minit ke-85 sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti diadakan yang akhirnya memihak kepada si Jengking dengan kemenangan 3-1.

Rizal Sukiman, Roslan Hamid dan Liew Kim Tu menyempurnakan sepakan penalti untuk Johor manakala Azhar Aziz untuk JKR Kelantan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.