saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/08/2000

Normadiah diingati kerana watak garang

Selain Mak Dara dan Siput Sarawak, Normadiah adalah antara pelakon yang diingati kerana watak ibu tiri yang kejam, isteri yang curang dan perempuan penggoda yang membantu memberi warna putih pelakon utama wanita.

Dalam filem Lela Manja misalnya Normadiah menjadi ibu tiri yang kejam dan dalam Semerah Padi dia menjadi isteri yang curang terhadap suaminya.

Tetapi watak yang selalu dimainkan dalam filem amat berbeza dengan penampilannya di atas pentas semasa membuat persembahan. Di pentas, Normadiah seorang pelawak yang sentiasa mencuit hati.

Biarpun nama pelakon dan penyanyi ini semakin kurang menjadi sebutan, Normadiah adalah generasi pertama filem Melayu yang bertapak di Singapura.

Semalam dunia filem dan peminat dikejutkan dengan berita sedih pemergian Allahyarham Normadiah yang berusia 68 tahun setelah dimasukkan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Assunta di Petaling Jaya sejak beberapa hari lalu.

Normadiah atau nama sebenarnya Norma Abdullah dilahirkan di Indonesia pada 14 Ogos 1932. Allahyarham meninggalkan suaminya, pelakon Aziz Jaaffar dan lima orang anak iaitu Martina Hatim, Syed Ekhzan, Sharifah Hasnor, Azlina Aziz dan Liza Aziz.

Semasa hayatnya, Normadiah telah memulakan karier seninya ketika berhijrah ke Singapura pada tahun 40-an. Pada awal pembabitannya dalam bidang seni, Allahyarham menjadi guru tari dan penyanyi kumpulan bangsawan.

Kemudian setelah ramai pelakon-pelakon bangsawan beralih ke filem, Allahyarham juga turut ke dunia filem dengan lakonan pertamanya, Roh Membela pada awal 50-an. Kemudian diikuti dengan filem Sengsara (1954), Empat Isteri (1955), Salah Siapa (1956), Panggilan Pulau (1958), Semerah Padi, Bujang Lapok (1960), Sumpah Wanita (1969) dan Kasih Tanpa Sayang (1969).

Sementara itu antara lakonan Allahyarham pada era filem Melayu warna ialah Dia Ibuku, Sumpah Semerah Padi, Gila Gila dan beberapa lagi.

Dalam dunia lakonannya selama lima dekad, Allahyarham dianggap pelakon serba boleh kerana berjaya menjiwai pelbagai watak dengan cukup berkesan.

Daripada watak menghayat hati sehinggalah ke watak wanita penggoda dalam, Allahyarham menjadi sebutan biarpun ada yang ''menbenci'' wataknya.

Sehinggalah pada tahun 80-an, Allahyarham masih aktif dalam karier seni khususnya bidang nyanyian apabila menyertai kumpulan Panca Sitara bersama Aziz Sattar, Ahmad Daud, Aziz Jaaffar dan Nasir P. Ramlee.

Allahyarham adalah anggota asal kumpulan Panca Sitara yang ditubuh dan dipimpinkan oleh Allahyarham P. Ramlee pada tahun 50-an.

Selain menjadi pelakon dengan Shaw Brothers, Allahyarham banyak terlibat sebagai koreografer tarian-tarian tradisional Melayu di dalam filem.

Allahyarham juga antara yang menyertai rombongan artis negara ini untuk menghiburkan anggota tentera yang berkhidmat di Congo tahun 1961. Antara yang turut dalam rombongan itu ialah Hashimah Yon, Ismail Buntak, Hamzah Dolmat dan SM Salim.

Pencapaian dan sumbangan Allahyarham dalam dunia seni diingati menerusi anugerah khas Pelakon Veteran (Wanita) yang diberikan pada Festival Filem Malaysia (FFM) keenam.

Kemunculan Allahyarham pada majlis Malam Di Mana Ku Cari Ganti di Pulau Pinang Mei tahun lalu adalah yang terakhir di depan khalayak.

Pada majlis itu, dengan berkerusi roda dan kelihatan uzur, Allahyarham tidak menghampakan penonton apabila berduet menyanyikan lagu Gemala Hati dengan suaminya, pelakon Aziz Jaaffar.

Sementara itu pada April lalu, jasa, pengorbanan dan sumbangannya kepada dunia perfileman Melayu sekali lagi dihargai apabila dianugerahkan gelaran Seniwati Sepanjang Zaman. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Penerangan dan Kesenian Singapura, Lee Yock Suan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pagi ini di Subang Jaya.

Oleh: NAZRULLAH ROSLI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.