saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/08/2000

Serudong kawasan balak terbaru diceroboh

KUCHING 18 Ogos - Beberapa pencerobohan oleh pihak berkuasa Indonesia di Kalimantan masih lagi berlaku, termasuk insiden terbaru di Sabah, awal bulan ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, ada anggota tentera republik itu melanggar sempadan Malaysia dan masuk hingga ke kawasan pembalakan di Serudong dalam daerah Tawau, Sabah, pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, pencerobohan itu berlaku kira-kira 4 kilometer dalam daerah Tawau apabila anggota tentera berkenaan bertindak merampas kenderaan milik pembalak yang digunakan untuk menghantar mereka pulang.

''Kita masih terima laporan mengenai kes-kes pencerobohan yang berlaku oleh pihak Indonesia dan yang terbaru anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah masuk ke Serudong.

''Selepas masuk, pihak kita telah hantar mereka kembali (ke sempadan Kalimantan) tetapi mereka rampas kenderaan pacuan empat roda yang digunakan,'' katanya pada sidang akhbar selepas melawat Markas 1 Divisyen di sini, hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, Mohd. Najib diberi taklimat mengenai soal keselamatan khususnya di Wilayah Dua melibatkan pertahanan di Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut mengenai pencerobohan itu, beliau berkata, satu pendekatan yang lebih terancang akan dilaksanakan dengan TNI dan Polis Republik Indonesia (Polri) berhubung kerjasama sempadan.

Kata beliau, perubahan corak pengurusan pihak berkuasa Indonesia yang satu ketika dahulu diselaraskan oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) perlu disesuaikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

''Kita kena teruskan dan selaraskan kerjasama dengan TNI serta polis mereka tetapi ada kelainan di bawah struktur Indonesia sekarang dan ini ada kesannya di kawasan perbatasan,'' katanya.

Ditanya mengenai jumlah anggota ATM serta kemungkinan berlakunya penambahan bilangan untuk pertahanan di Wilayah Dua, beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji perkara itu.

Jelas Mohd. Najib, sekurang-kurangnya dua batalion diperlukan untuk memperkuatkan kawalan di sempadan negeri Sabah dan Sarawak berdasarkan keperluan semasa.

''Penambahan bilangan anggota itu sedang dikaji dan ini akan melibatkan bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, malah ia perlu dilaksanakan serentak dengan Semenanjung,'' katanya.

Mengulas lanjut mengenai pertahanan kawasan sempadan Malaysia-Indonesia, beliau menjelaskan bukti serta rujukan persempadanan telah ditetapkan sejak sekian lama melalui batu-batu sempadan dengan jarak 50 atau 100 meter antara setiap lokasi.

''Soal kemusykilan tidak timbul kerana kita boleh rujuk kepada bukti ini dan sekiranya timbul sebarang keraguan kita boleh runding di peringkat negara,'' jelasnya.

Oleh: NIK KHUSAIRI NIK IBRAHIM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.