saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/08/2000

Anis Suraya mengharumkan nama negara


ANIS Suraya bersama sijil dan trofi yang dimenanginya di Kazakstan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur kelmarin.


Penyanyi Anis Suraya rasa terharu dan gembira kerana dapat mengharumkan nama negara menerusi bidang nyanyian yang diceburinya sejak tiga tahun lalu.

Dalam pertandingan di International Festival Voice of Asia di Kazakstan baru-baru ini, Anis Suraya berjaya menduduki tempat pertama menewaskan banyak penyanyi popular dari negara Asia yang lain.

''Inilah sumbangan kecil saya kepada negara ini,'' kata Anis Suraya pada sidang akhbar mengenai kejayaannya di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur kelmarin.

Kejayaan itu membolehkan Anis Suraya membawa pulang wang tunai AS$5,000 bersama trofi dan hadiah iringan.

Katanya, dia tidak menduga sama sekali akan berjaya menduduki tempat pertama kerana penyanyi negara lain yang menjadi saingannya adalah mereka yang pernah memenangi pertandingan itu sebelum ini.

Anis Suraya memberitahu, dia merasakan dirinya terlalu kerdil kerana kebanyakan mereka berpengalaman dalam bidang seni jika dibandingkan dengan dirinya yang baru setahun jagung.

Antara penyanyi yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini datangnya dari Indonesia, Vietnam, India, Malta, China, Romania, Turki, Ireland dan ramai lagi.

Menurut Anis Suraya yang memilih lagu Selamilah Hati Ini, Wajah Seribu Rahsia dan Hadirlah, kejayaannya itu sekali gus menafikan penyanyi tempatan kecil di mata dunia.

Dia memberitahu, ada kalangan peserta dari negara luar menganggap artis dari Malaysia tidak mampu menyanyi secara langsung di pentas. Bagaimanapun kejayaan ini telah membuktikan tanggapan itu tidak berasas sama sekali.

''Kejayaan ini memberi makna yang besar pada kerjaya saya,'' tegas Anis Suraya yang bakat nyanyiannya dicungkil dari siri pertandingan Asia Bagus.

Dalam pada itu Anis melahirkan rasa kecewa apabila kebolehannya semacam tidak dipedulikan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini. Pemergiannya ke festival itu juga dengan menggunakan wang sendiri kerana dia mahu mencuba di peringkat antarabangsa.

Kejayaan Anis itu sekali gus memberi peluang padanya untuk tampil lagi pada festival tersebut di tahun hadapan sebagai artis undangan.

Selain itu, Anis juga mendapat undangan dari negara Vietnam, Turki dan Finland untuk mengadakan persembahan di negara tersebut.

Sementara itu Pengurus Promosi SRC Badaruddin Deraman menafi dakwaan yang mengatakan syarikat rakaman meminggir Anis Suraya.

Menurutnya, syarikat tidak menghebahkan pemergian Anis kerana syarikat tidak yakin penyanyi naungan mereka itu mampu meraih sebarang kejayaan.

Badaruddin juga menafikan adanya pilih kasih dalam memberi publisiti pada artis-artis SRC.

''Memang kami tidak menghebahkan pemergian Anis Suraya ke sana kerana kami tidak menaruh harapan tinggi padanya. Kami bimbang kalau dia tidak berjaya itu akan menjejaskan kerjayanya,'' ujarnya.

Oleh: KHADIJAH IBRAHIM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.