saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 20/08/2000

Kurang pendedahan - Piala Merdeka berhijrah ke NZ


PARA pemain New Zealand meraikan kejayaan merangkul piala Pestabola Merdeka selepas menumpaskan Malaysia 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Merdeka semalam.- Gambar ASWAD YAHYA.


EDISI ke-36, Pestabola Merdeka tidak memihak kepada Malaysia apabila tewas 2-0 kepada New Zealand pada perlawanan akhir di Stadium Merdeka, semalam.

Meskipun memberi saingan sengit pada kedua-dua babak permainan, skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim gagal mengekang jaringan Ryan Nelson pada minit ke-15 dan Paul Urlovic minit ke-37 dalam perlawanan dihadapan kira-kira 6,000 penonton.

Kedua-dua gol New Zealand dicipta hasil kelalaian benteng pertahanan skuad negara, yang terlalu banyak memberi ruangan kepada barisan serangan New Zealand untuk bergerak bebas di dalam kotak penalti.

New Zealand membawa pulang hadiah wang tunai AS$50,000 (RM150,000) selaku juara manakala Malaysia meraih AS$30,000 (RM114,000).

Permulaan babak pertama kelihatan seimbang tetapi Malaysia terlebih dahulu menyerang ke kubu lawan.

Anuar Jusoh membuat percubaan rendah di hujung kotak penalti pada minit ketujuh tetapi bola terkena badan pemain New Zealand, Scott Smith.

New Zealand membalas empat minit kemudian menerusi gerakan dari sebelah kanan oleh Noah Hickey dan dia berjaya melepasi kawalan B. Rajnikandh untuk meluru ke depan tetapi sepakannya melambung.

Malaysia mengatur serangan tetapi pergerakan Rusdi Suparman dan Mohd. Nizaruddin Yusof terbatas.

Kawalan longgar pertahanan skuad negara jelas memberi ruang kepada barisan serangan New Zealand dan kelalaian mereka dihukum menerusi jaringan pembukaan pasukan lawan pada minit ke-15.

Ryan Nelson langsung tidak dikawal ketika melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola sepakan sudut Jeff Campbell untuk kedudukan 1-0.

Namun Malaysia hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-28 menerusi gerakan cantik satu-dua Nizaruddin dan Rusdi tetapi tendangan penyudah Rusdi pula tersasar dari tiang gol ketika penjaga gol, Ross Nicholson sudah tertewas.

Sekali lagi kelekaan benteng skuad negara dihukum apabila New Zealand membuat serang balas yang pantas dan Paul Urlovic berjaya mengatasi Rajnikandh dan Khairil Zainal serta penjaga gol, Kamarulzaman Hassan untuk jaringan kedua pada minit ke-37.

Rusdi mendapat peluang terbaik di depan pintu gol pada minit ke-60 tetapi sepakannya melambung atas palang.

Kemasukan Bobby Pian menggantikan Nizaruddin, 10 minit sebelum tamat permainan tidak mampu mengubah kedudukan.

Sementara itu, jurulatih New Zealand, Ken Dougdale gembira dengan kejayaan pasukannya.

''Kami menghadapi kesukaran pada babak pertama kerana Malaysia sering mengasak dalam kawasan gol.

''Malah kami juga bernasib baik kerana dapat bertahan meskipun Malaysia banyak mendapat set-piece menerusi tendangan sudut dan tendangan bebas,'' kata Dougdale.

Beliau berharap pasukannya diundang lagi pada kejohanan akan datang.

Jurulatih negara, Abdul Rahman pula berkata, Malaysia kalah kepada pasukan yang lebih bagus dengan pendekatan taktikal yang lebih baik.

''Sebelum ke sini, mereka sudah menentang pasukan seperti Brazil dan Jerman. Ini pendedahan peringkat tertinggi untuk barisan pemain negara,'' kata Rahman.

MALAYSIAKamarulzaman Hassan, B. Rajinikandh, Khairil Zainal, Bahtiar Othman, Ramos Sari (Ooi Hoe Guan), Rosdi Talib, Ahmad Shahrul Ahmad Sofian, Anuar Jusoh, R. Suresh Kumar (Ahmad Shahruddin Rosdi), Mohd. Nizaruddin Yusof (Bobby Pian), Rusdi Suparman.

NEW ZEALANDRoss Nicholson, Scott Smith, Gerard Davis (Gerard Rowe), Cris Zoricich, Sean Douglas, Graham Pierce, Ryan Nelson, Jeff Campbell, Noah Hickey (Jeremy Brown), Paul Urlovic, Chris Killen (Bradley Scott).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.