saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/08/2000

Rabbani ubah persepsi muzik nasyid

Sepuluh tahun lalu, Rabbani hanyalah sebuah kumpulan nasyid bukan komersial dengan dikenali sebagai Nada Murni.

Sebagai sebuah kumpulan nasyid, Rabbani memperjuangkan kegemilangan irama nasyid negara sehingga mewujudkan satu bentuk hiburan alternatif secara Islam.

Bagaimanapun, selepas tercetusnya irama nasyid yang dikomersialkan oleh Raihan, beberapa kumpulan nasyid termasuk Rabbani kemudiannya muncul di persada hiburan tanah air.

Nasyid selepas itu mula diminati dan berjaya menarik khalayak pendengar yang ramai.

Rabbani tidak ketinggalan merakamkan tiga buah album nasyid dengan menghasilkan lagu-lagu mencetuskan rasa rohani serta jasmani yang memaparkan hakikat sebenar kehidupan di dunia dan akhirat.

Irama Rabbani sering dikaitkan dengan muzik nasyid klasik dan kontemporari tersendiri.

Selain mesej yang disampaikan begitu indah dan simbolik, Rabbani berjaya mempelbagaikan irama mereka bercitarasakan muzik dalam bahasa Melayu dan Arab.

Rabbani juga turut memperkenalkan irama enigma, pop moden dan unsur-unsur tradisional seperti ulik mayang dan dikir barat.

Terbaru, kumpulan Rabbani memberanikan diri dengan mencuba irama barat ala boy band dalam album terbaru mereka, Iqrar 1421, yang telah berada di pasaran.

Iqrar 1421 merupakan sebuah album koleksi pertama Rabbani yang memuatkan 16 buah lagu terbaik dengan diselitkan hadis dan firman Allah.

Pastinya, album ini memuatkan 18 buah lagu-lagu yang telah menaikan nama mereka seperti Assalamualaikum (rakaman baru), Berkorban Apa Saja, Muhammad Ya Habibi, Sollah Ala Yassin, Anak Soleh, Bidadari dan hit terbaru ciptaan KRU, Pergi Tak Kembali.

Lagu Iqrar pula dicipta oleh komposer yang belum pernah terbabit dengan pembikinan lagu nasyid, LY.

Lagu Pergi Tak Kembali berjaya mengubah persepsi ramai terhadap lagu nasyid yang sebelum ini dikatakan tidak boleh dikomersialkan.

Selain itu, para peminat juga boleh menghayati sebahagian daripada surah Al-Ahzab (Ayat 56) dan Hadis Qudsi yang dimuatkan di dalam album Iqrar 1421.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan di dalam album ini ialah Solla'Alaikallah, Kebesaran Allah, Berkorban Apa Sahaja (copyright), Adab dan Sopan, Hidayah, Ingat 5 Sebelum 5, Zikir Kifarah, Sifatullah dan Munajat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.