saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/08/2000

New Boyz rakam album kedua

Setelah menempa kejayaan yang membanggakan melalui album sulung, Sejarah Mungkin Berulang, kini kumpulan New Boyz tampil dengan album baru, Akur yang telah pun berada di pasaran.

New Boyz yang dianggotai oleh Tomok (vokal), Syuk (bas), Along (dram), Jay (gitar utama) dan Lan (gitar kedua) menjadikan album kedua sebagai tempat berkongsi pengalaman.

Ini kerana kebanyakan lagu-lagu yang diterbitkan oleh enam penerbit itu berkisar tentang pengalaman mereka sejak bergelar artis.

Antara yang terbabit menerbitkan album Akur ialah Zulkifli Majid, Lan Laga, Saari Amri, Fauzi Marzuki, Mohalim , Alfa dan Rumie.

''Album ini memuatkan pengalaman pahit manis New Boyz. Apa yang tersurat adalah isi hati New Boyz. Sebagai kumpulan baru kami terpaksa akur dengan rentak seni tanah air yang sering memandang rendah pada kumpulan baru,'' kata Tomok terus terang.

Berkat kesabaran mereka, akhirnya New Boyz berjaya memadam segala keraguan dan kini nama kumpulan tersebut adalah di antara yang paling digemari masa kini.

Untuk album kedua ini, pihak SRC menerima lebih dari 70 buah lagu dan hanya 10 buah sahaja yang dipilih.

Menurut Zulkifli Majid selaku penerbit album, pemilihan terpaksa dibuat dengan teliti bagi memastikan lagu-lagu yang dapat memenuhi selera peminat masa kini terutamanya golongan remaja yang berusia antara 14 hingga 20 tahun.

Jika dinilai dari segi vokal juga Tomok telah dapat memperbaiki corak penyampaiannya. Pengalaman mengadakan pelbagai pertunjukan pentas sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada pelajar tingkatan empat itu untuk memantapkan lagi vokalnya.

Menerusi album Akur juga peminat-peminat New Boyz berpeluang mendengar kelima-lima anggota menyanyi sebagai penyanyi latar. Ini adalah salah satu persediaan mereka untuk menguji kemampuan New Boyz beraksi secara langsung.

Selain itu Jay juga telah menunjukkan bakatnya berduet dengan Tomok menerusi lagu Kau Abadi Selamanya. Antara lagu-lagu yang bakal popular dan menjadi hits ialah lagu Hanya Tinggal Sejarah, Meraung dan Akulah Bakawali.

Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album ini ialah Qyiam, Rajuk Di Hati, Jangan Kau Ganggu, Mana Juara Kita, Lerai Genggaman Ku dan Berilah Harapan.

Dalam usaha untuk mempromosikan album Akur, New Boyz akan mengadakan persembahan di seluruh negara. Setiap kali New Boyz mengadakan persembahan, mereka akan menghadiahkan kemeja-t dan topi yang bertulis New Boyz kepada peminat-peminat yang bertuah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.