saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/09/2000

Budak Kacamata berjuang bersama


BUDAK Kacamata Rancang aktiviti.


Ia mengakibatkan hanya penyanyi yang lebih dikenali berbanding anggota lain sehingga ada yang beranggapan mereka berpecah.

Kumpulan Budak Kacamata turut mengalami masalah sama.

"Saya sering mengadakan promosi dan persembahan pentas bersendirian kerana pihak penganjur ingin menjimatkan peruntukan,'' kata penyanyi utamanya, Zack.

Kini, mereka membuat perancangan aktiviti untuk sentiasa muncul mengadakan persembahan secara berkumpulan.

"Kami sanggup menawarkan bayaran yang lebih rendah kepada penganjur yang mengundang kami untuk persembahan,'' katanya lagi.

Dengan harga yang istimewa itu, dia berharap, anggota kumpulan akan dapat bersama-samanya memperjuangkan muzik yang mereka bawakan.

Dulu, dia berjuang seorang diri kerana anggota kumpulan harus memberi komitmen kepada kerjaya masing-masing.

Lantaran itu, mereka menerbitkan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu terbaik serta empat buah lagu baru.

"Pihak syarikat bimbang untuk menerbitkan album penuh kerana sebelum ini anggota kumpulan agak menyepi,'' jelasnya.

Album itu juga sebagai satu usaha memperkenalkan kembali anggota serta memberitahu peminat yang mereka masih belum berpecah.

Album berjudul Terbaik Budak Kacamata Alunan Menikam itu memuatkan sebuah lagu ciptaan dan terbitan Zack sendiri berjudul Bintang.

"Saya berjinak-jinak menerbitkan album setelah menimba pengalaman hasil pembelajaran daripada rakan-rakan di studio rakaman,'' katanya.

Dia tidak menolak suatu hari nanti dapat kepercayaan menerbitkan album penuh kumpulannya untuk menghasilkan muzik yang mereka inginkan.

Lagu-lagu terbaru yang dimuatkan ialah Gurauan Perasaan, Sia Sia Aku Memujamu dan Tiada Lagi Lagu Rindu.

Album itu juga memuatkan lagu-lagu popular mereka antaranya Memendam Rasa, Cinta Tak Perlu Dipaksa, Terima Kasih Sayang dan beberapa lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.