saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 14/09/2000

SEMPENA SAMBUTAN HARI PERPADUAN PERINGKAT KEBANGSAAN -- Perpaduan kunci kemajuan

SEMASA zaman penjajahan, pendapat kerajaan ketika itu ialah kaum yang berbeza tidak boleh bergaul bersama. Ini ialah asas polisi pemerintahan 'pecah dan perintah' yang mengekalkan kekuasaan dan keangkuhan 'mat saleh,' yang menurut mereka, tanpa campur tangan kuasa asing, walaupun secara mengeksploitasi, pasti kaum yang berbeza dalam negara ini berpecah dan bergaduh antara satu sama lain.

Peristiwa 13 Mei 1969, cukup memberi kita pengajaran tentang betapa pentingnya erti perpaduan. Bertitik-tolak dari sini, elemen pelbagai kaum, agama dan budaya yang berbeza di Malaysia, akhirnya mendapat satu ilham baru.

Akibatnya, rakyat menjadi lebih peka kepada persoalan-persoalan yang menyentuh isu perkauman. Kesan yang ditinggalkan ialah masing-masing cuba saling memahami antara satu sama lain.

Pengajaran paling berharga di sebalik tragedi yang menimpa ini ialah kita juga sedar bahawa huru-hara dan kekacauan yang berlaku antara kaum atau adanya sektor yang mempunyai kepentingan sendiri akan memusnahkan sikap kenegaraan.

Sebaliknya, kita perlu menyatukan kepentingan dan aspirasi kumpulan berbilang kaum ini untuk memupuk komuniti kebangsaan yang sedang berkembang.

Hari ini, pandangan dunia tentang kejayaan Malaysia menonjolkan diri sebagai sebuah negara berbilang kaum yang rakyatnya hidup bersatu-padu dan saling hormat-menghormati bukan lagi suatu perkara baru.

Dalam usaha meneruskan kesinambungan ini, selain menambah keharmonian yang wujud, kedua-dua pihak iaitu rakyat dan kerajaan perlu sentiasa memahami tanggungjawab masing-masing.

Tanpa kesepakatan ini, mustahil negara mampu mempertahankan keamanan secara berterusan, di samping kemajuan yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020 akan gagal dilaksanakan.

Justeru, bersempena dengan tujuan memperingati betapa pentingnya rakyat mengekalkan perpaduan kaum dan intergrasi nasional bagi menjamin kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan negara berkekalan, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM) dengan kerjasama kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan bermula 15 hingga 17 September ini.

Sambutan besar-besaran selama tiga hari yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta, badan agama dan badan bukan kerajaan (NGO) itu akan diadakan di Melaka Bandar Raya Bersejarah. Acara perasmiannya dijangka akan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 September bertempat di Dewan Bankuet, Seri Negeri, Ayer Keroh.

Mengulas lanjut berhubung Hari Perpaduan, Menterinya, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman berkata, selain menyemai budaya bantu-membantu sesama rakyat dalam mengekalkan kesejahteraan, melaluinya juga dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada rakyat tentang perlunya kerjasama dalam setiap tindakan, aktiviti serta interaksi dalam merealisasikan matlamat.

''Bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang keturunan di negara ini pelbagai program dan aktiviti khusus telah dirangka sempena hari sambutan. Ini termasuklah mengadakan sesi 'Sembang-Sembang Perpaduan' dan Minggu Perpaduan dengan melibatkan penyertaan pelbagai pihak dan peringkat masyarakat,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tahun ini tema yang dipilih ialah 'Perpaduan Negara Tanggungjawab Bersama.' Melalui tema tersebut, apa yang diharapkan ialah rakyat akan berganding bahu seterusnya bersama-sama melaksanakan peranan mereka dalam usaha memantapkan lagi semangat perpaduan dan menjadikannya sebagai wadah dalam kehidupan seharian.

''Minggu Perpaduan ini akan diadakan mulai 17 September hingga 30 September iaitu sehari selepas acara perasmian diadakan. Ia akan dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara (JPN) peringkat negeri masing-masing.

Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu tersebut termasuklah ceramah, seminar, pertandingan bahas dan syarahan, bergotong-royong, lawatan sambil belajar, sukaneka dan beberapa aktiviti lain,'' jelas beliau.

Menurut Siti Zaharah lagi, Hari Perpaduan adalah penting dan perlu disambut setiap tahun dalam usaha negara merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

Sejarah Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan bermula sejak 1992. Buat julung-julung kalinya ia telah dilangsungkan di Stadium Negara Kuala Lumpur.

Selepas itu, keputusan diambil untuk menjadikannya sebagai acara tahunan. Bagaimanapun, pada 1997, ia tidak dapat diadakan kerana negara mengalami masalah jerebu. Bagaimanapun ia tetap disambut di peringkat negeri.

Berbeza dengan tahun-tahun lalu, menariknya sambutan tahun ini ialah kerana ia lebih menjurus kepada penglibatan program-program yang lebih berwawasan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh.

Selain wakil daripada agensi kerajaan sendiri, ia turut akan dijayakan dengan kehadiran sektor swasta, industri dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara.

Pada majlis itu juga, rakyat Malaysia yang mewakili pelbagai agensi dan NGO tersebut dengan semangat yang padu akan berikrar bagi sama-sama berusaha memelihara, mengekal seterusnya memantapkan semangat perpaduan di kalangan rakyat demi kemajuan dan pembangunan negara di alaf baru.

Dijangkakan selain kira-kira 2,000 peserta yang terlibat secara langsung, ia juga akan dihadiri oleh menteri-menteri kabinet, individu kenamaan lain serta Ketua Menteri dan ahli Exco kerajaan negeri Melaka. Orang ramai juga digalakkan untuk memeriahkannya.

''Dengan adanya sambutan Hari Perpaduan di peringkat kebangsaan dan negeri serta Minggu Perpaduan ini, diharap dapat memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya semangat perpaduan dan patriotisme cintakan negara di kalangan mereka bagi menghadapi alaf baru,'' ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), A. Aziz Deraman, berpendapat istilah perpaduan haruslah dilihat dari makna rohaniah dan jasmaniahnya.

''Isi kepada rohaniah itu adalah nilai-nilai positif sesuatu kaum atau berasaskan nilai-nilai agama. Sementara jasmaniah lebih berupa bentuk terjelma secara fizikal atau sektorat seperti perbezaan desa-kota atau wilayah geografinya.

''Bagi maksud kita, perpaduan mungkin lebih mirip kepada kesatuan (oneness) iaitu suatu keadaan yang memungkinkan rasa kesatuan atau disatukan oleh rasa setiakawan, harmoni, kesamaan sentimen yang berterusan diikat oleh keamanan cara bertindak pada setiap masa.

'Apa sahaja istilah yang disamakan dengan perpaduan seperti unity, solidarity atau intergration, rasa perpaduan itu haruslah berupaya mencantumkan budaya fikir individu sebagai kelompok yang mempunyai matlamat, pendapat kepentingan dan nilai yang sama bagi kesejahteraan semua,' katanya.

Justeru, selaras dengan tema Hari Perpaduan _ 'Perpaduan Negara Tanggungjawab Bersama,' sewajarnya semua pihak di negara ini berganding bahu memikul tanggungjawab serta melaksanakan peranan dengan penuh komited demi kesejahteraan dan kemajuan masa depan bersama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.