saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/09/2000

Deeya tunggang jet ski bila tension

MENUNGGANG jet ski di tengah laut memang sesuatu yang cukup menyeronokkan lebih-lebih lagi kalau kita sudah biasa melakukannya.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Kasih, Deeya Rashad mengakui hakikat itu sambil menambah keseronokannya bertambah jika kita pandai berenang.

''Takut jugak kalau tak pandai berenang. Pakai life jacket pun kalau tak tahu berenang panik jugak untuk berenang ke tepi.

''Tambah lagi kalau dalam otak kita asyik terbayangkan mulut ikan jerung atau buaya, lagi panik,'' katanya sambil ketawa.

Dia sendiri mengakui bahawa ketika mula-mula menunggang jet ski, setiap kali terhumban ke dalam air cepat-cepat berenang sambil menarik jet ski ke tepian pantai.

Apa tidaknya, dalam kepalanya asyik terbayangkan gigi ikan jerung yang tajam.

''Seram jugak fikir perkara itu. Tapi kerana jet ski ini boleh menyebabkan rasa tension hilang, Deeya tetap teruskan kegiatan ini.

''Tambahan pula, ramai kalangan kawan Deeya yang pandai tunggang jet ski. Ada ketikanya kami berlumba,'' katanya ketika ditemui di Tasik Biru Water Sport, Puchong, Selangor.

Ternyata Deeya memang pandai menunggang jet ski, walaupun pada hari itu jenis jet ski yang menjadi kegemarannya rosak dan dia perlu tunggang jet ski yang agak kecil sedikit.

Dia sememangnya tidak biasa tunggang jet ski jenis tersebut. Namun dia tetap mencuba. Mungkin kerana sudah biasa dia hanya mengambil masa beberapa minit untuk membiasakan diri.

''Deeya memang tak biasa bawa jet ski jenis ini. Lagipun jet ski ini mudah terbalik jika tak pandai imbangkan badan,'' katanya.

Memang benar dua tiga kali dia terjatuh ke dalam air setiap kali ingin membelok atau melakukan aksi yang agak 'luar biasa'.

''Tak sangka juga best tunggang jet ski ini. Lebih mencabar. Kalau balik ke Tawau nanti Deeya nak tunggang jet ski jenis ini lagi,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.