saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/09/2000

GBSB terbit semula lagu Emilia Contessa

Berlainan sekali apabila dipanggil Emilia Contessa, pasti ramai yang masih mengingati lakonan berkesannya dalam filem Akhirnya Sebuah Impian di sam-ping Broery Marantika yang mendapat sambutan hangat sekitar tahun 70-an itu.

Dalam filem tersebut, Emilia telah mendendangkan lagu Mimpi Sedih dengan cukup berkesan sehinggakan menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Selain lagu Mimpi Sedih, dia turut menyanyikan lagu Penghibur Hati yang disampaikan secara berduet dengan Benyamin S.

Emilia mula menyanyi ketika berusia lima tahun dan ibunya, Suriani adalah orang yang bertanggungjawab dalam menonjolkan bakat seni suaranya.

Untuk mengembalikan nostalgia kegemilangan Emilia dalam persada seni tanah air, Gong Klasik Sdn. Bhd., (GKSB), kini menerbitkan sebuah album berjudul Kenangan Sepanjang Zaman - Emilia Contessa.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album itu ialah Mimpi Sedih, Layu Sebelum Ber-kembang, Penasaran, Burung Dalam Sangkar, Pak Ketipak Ketipong, Cinta Hampa, Pak Pung Pak Mustape, Jatuh Cintak, Hitam Manis, Main Tali, Nasihat Nenek dan Mungkinkah.

Walaupun telah berusia 44 tahun dan memiliki tiga orang anak, Denada Elizabeth, 21, Enrico Whemy Rixky, 20 dan Muhammad Abdullah, 11, Emilia masih lagi mempunyai suara yang merdu seperti dulu.

Album Kenangan Sepanjang Zaman adalah kesinambungan usaha GKSB dalam memulihara dan menyegarkan kembali lagu-lagu lama ke persada seni di alaf baru ini.

Sebelum ini, album-album kompilasi Best of The Best yang diterbitkan oleh GKSB seperti album penyanyi Ivo Nilakresna, Titiek Puspa, Harvey Malaiholo, Eddy Silitongga, Ernie Djohan, Bob Tutopoly dan ramai lagi mendapat sambutan di luar dugaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.