saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/10/2000

Ifa Raziah rela bergelar janda


IFA RAZIAH... bakal menemui peminat dengan konsep dan imej berbeza dalam album terbaru.


Bagai pelangi indah yang hadir seketika di kaki langit selepas hujan, percintaan dengan Cico yang diklasifikasikan oleh Ifa Raziah sebagai 'cinta pertamanya' hilang lenyap begitu saja.

Kemudian, Ifa Raziah terperangkap dalam kancah kontroversi 'ciptaannya' sendiri ekoran perkahwinan mengejutnya dengan seorang ahli perniagaan pada 9 September 1999 (tarikh yang sepatutnya Ifa Raziah berkahwin dengan Cico).

Apa pun, selepas lebih lapan bulan mendirikan rumah tangga, akhirnya Ifa Raziah kini kembali bergelar janda.

Dan yang pasti, Ifa Raziah yang baru mencecah usia 26 tahun pada Jumaat lalu bergelar janda buat kali kedua!

"Pada saya, lebih baik saya kembali bergelar janda daripada terus hidup dalam sebuah perkahwinan yang setiap hari disulami dengan pergaduhan,'' akui Ifa Raziah jujur.

Dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Ifa Raziah yang lebih mesra dengan panggilan Ifa mengakui, dia bisa sakit jiwa kalau setiap hari terpaksa melalui perbalahan dalam perkahwinan.

"Saya benar-benar mahu ketepikan hasrat untuk berkahwin dan pada saya, hidup solo lebih baik daripada hidup berdua,'' tegas Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah.

Menyelami perasaan wanita seksi ini, dapat ditelah bahawa Ifa bukan sembarangan orang kerana tanpa kekuatan, dia mungkin tidak mampu untuk 'berdiri' seperti hari ini.

"Apa orang hendak kata tentang saya, katalah kerana saya memang tidak akan peduli dan kalau saya dengar cakap orang, mungkin sudah lama saya mati,'' tegasnya berkali-kali.

Menyingkap kehidupan Ifa sejak hampir lima bulan kembali menjanda, penyanyi dangdut yang popular dengan lagu Ser... Ser... Ser ini berkata, rezekinya kini bertambah murah.

"Sejak saya kembali solo, jemputan yang saya terima untuk mengadakan show melimpah ruah... cukuplah untuk menampung makan dan pakai saya,'' katanya sambil tersenyum puas.

Pun begitu, Ifa tidak menafikan, mungkin juga rezeki yang diterimanya itu sebenarnya adalah untuk anak angkatnya, Sharifah Umairah yang kini berusia tujuh bulan.

"Ifa rasa tawaran demi tawaran yang Ifa terima sebenarnya adalah rezeki untuk anak Ifa.

Siapa sangka selepas bercerai dengan suami kedua, Ifa yang tidak dikurniakan cahaya mata selepas dua kali berumah tangga memperoleh seorang anak angkat perempuan.

Kebetulan, bayi perempuan itu diterima oleh Ifa tidak lama selepas perceraiannya dan bagi penyanyi dan pelakon seksi ini, kehadiran Sharifah Umairah benar-benar mengubat jiwa.

Ditanya mengenai karier seninya, Ifa memberitahu, album terbarunya bakal menemui peminat selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

"Tahun 2001 Ifa bakal menemui peminat bukan sahaja dengan album baru tetapi juga konsep dan imej yang baru,'' katanya sambil memberitahu dia sedang mengumpulkan karya-karya terbaik komposer terkenal.

Apa pun kata Ifa, di saat ini dia sebenarnya lebih berminat untuk menggilap bakat lakonan yang terbit dalam diri sebelum menyanyi.

"Sebelum menyanyi, saya sebenarnya bermula sebagai pelakon dan saya sebetulnya kepingin sekali untuk terjun kembali dalam dunia lakonan,'' katanya mengakhiri perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.