saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/10/2000

Saya tidak berniat aibkan orang- Aznil

Orang ramai khususnya peminat personaliti bekas 'kelahiran' TV3 itu bimbang jika Aznil yang dikenali kerana sikap gila-gilanya itu akan merakamkan aksinya untuk dimuatkan dalam rancangan Kamera Apo.

Kemunculan rancangan berbentuk 'rakaman curi-curi' menyebabkan populariti Aznil sama naik. Namanya diperkatakan umum.

Pun begitu, pengarah urusan syarikat produksi Kira Bagus Sdn. Bhd. itu tidak ketinggalan daripada berdepan dengan kritikan.

Kamera Apo didakwa tidak menjana minda masyarakat. Rancangan yang disiarkan di Saluran Ceria Anda ntv7 juga dilaporkan seolah-olah gemar mengaibkan masyarakat.

Justeru ketika persoalan ini diajukan kepada Aznil, dia menjelaskan, secara jujurnya Kamera Apo diterbitkan sebagai satu alternatif untuk memberikan hiburan kepada masyarakat.

Menurutnya, jika ada yang berpendapat Kamera Apo tidak menjana minda itu pendapat peribadi kerana mungkin bagi mereka pendekatan hiburan yang diselitkan tidak dapat diterima pada masa kini.

"Berbeza dengan apa yang saya lalui ketika sesi rakaman dibuat. Saya mendapat sambutan yang baik... malah sebilangan besar masyarakat menganggap Kamera Apo secara jujur menampilkan nilai-nilai sebenar diri masyarakat Malaysia.

"Apakah salah untuk saya merakamkan nilai-nilai sebenar diri masyarakat Malaysia,'' soal Aznil.

Tegasnya lagi, sebagai penerbit dan pengarah Kamera Apo, Aznil juga mempertahankan penerbitan rancangan itu tiada langsung bermatlamat untuk mengaibkan orang.

"Sebelum penggambaran dibuat saya mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia. Saya tidak mahu mengaibkan orang Malaysia,'' jelasnya lagi.

Menjelaskan mengenai penerbitan itu, Aznil berkata, selepas 'rakaman curi-curi' dibuat, beliau sendiri akan tampil memberikan penjelasan kepada mangsa yang terkena bahawa aksi mereka sebenarnya sudah dirakamkan.

Selepas penjelasan diberikan, pihak penerbitan Kamera Apo turut menyediakan surat peguam meminta kebenaran daripada individu tersebut sama ada boleh menyiarkan rakaman mereka atau sebaliknya.

"Jika mereka tidak menandatangani surat tersebut, kami tidak akan menyiarkan aksi kerana persetujuan lebih penting daripada segala-galanya,'' kata Aznil yang nyata begitu berhati-hati dalam soal penerbitan rancangan tersebut.

Ditanya mengenai sambutan dan sokongan yang diterimanya pula, Aznil berkata, dia gembira kerana sehingga ke hari ini dia banyak mendapat sokongan baik khususnya daripada pihak pengurusan kompleks membeli-belah serta pihak penaja.

Malah kini, dia sibuk berurusan dengan Syarikat Bisnestek Teknologi Sdn. Bhd., yang menaja kamera berteknologi tinggi dengan rekaan yang cukup sofistikated.

Antara kamera yang diguna semasa penggambaran Kamera Apo dilakukan dan ditaja oleh syarikat tersebut ialah mini ptz high resolution camera, pin hole camera serta PIR camera.

"Kami turut mengaplikasikan penggunaan teknologi tinggi semata-mata untuk memastikan rancangan ini mendapat sambutan dan berkualiti.

"Insya-Allah dari semasa ke semasa juga saya akan menyelitkan pembaharuan lain,'' janji Aznil lagi sebelum mengakhiri perbualan dengannya. -

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.