saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/10/2000

U.K's mahu ulangi kegemilangan

Kumpulan yang pernah bergolak dan beberapa kali bertukar anggota ini tampil dengan keazaman baru yang masih diketuai oleh penyanyi asalnya, Amir.

Berlatarbelakangkan kontroversi demi kontroversi antara kumpulan ini sejak ditubuhkan lapan tahun lalu, dengan syarikat rakaman, U.K's masih boleh bertahan dan mendapat tempat di hati peminat.

Bagaimanapun, U.K's yang pernah mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama berjaya mencapai tahap jualan kira-kira 350,000 unit album di negara sendiri pada tahun 1994, tidak berupaya bertahan lama.

U.K's dengan nama asalnya Ukay, berpecah dan penyanyi utamanya, Amir kemudiannya mencipta nama U.K's bagi menyaingi kumpulan asalnya itu.

Pun begitu U.K's tetap tidak bertahan dan beberapa kali muncul dengan anggota baru.

Kini, U.K's kembali dengan wajah terbaru bersama empat lagi anggota baru, Ijal, Akhil, Mie dan Joe di bawah syarikat rakaman BMG Music.

Namun, kata penyanyinya Amir, kewujudan U.K's kali ini adalah semata-mata kerana permintaan peminat di negara ini dan Indonesia yang ingin mendengar lagu terbaru kumpulannya.

"Jadi bagi memikirkan kesan jangka panjang, U.K's perlu ditubuhkan semula kerana permintaan yang tinggi,'' kata Amir.

Namun secara peribadi, Amir mengakui yang dia pada awalnya tidak berminat untuk menubuhkan semula U.K's kerana bimbang menghadapi masalah yang sama pada masa akan datang.

"Tetapi, saya juga perlu memikirkan soal keuntungan dan kehendak syarikat rakaman kerana pasaran album berkumpulan adalah lebih baik daripada pasaran album solo di Indonesia.

"U.K's sebagai sebuah kumpulan diperlukan dan bukannya Amir U.K's seorang,'' jelasnya.

Katanya lagi, kelebihan yang ada pada U.K's untuk meneruskan rakaman album ialah apabila kumpulan itu sudah mempunyai kedudukan di Indonesia dan tidak mendatangkan masalah dari segi pasaran.

Kumpulan yang pernah tampil sebagai artis Malaysia pertama berjaya meraih jualan sebanyak 700,000 unit untuk album Di Sini Menunggu (versi Indonesia) di negara itu yakin dengan kemampuan album baru mereka kali ini.

Pengarah A&R BMG Indonesia, Gumilang Ramadan pula berkata, nama U.K's di negaranya masih kuat kerana para peminat di sana masih gemarkan lagu-lagu U.K's.

Mengenai keputusannya untuk keluar secara solo, Amir seterusnya memberitahu, dia bukan tidak yakin dengan produk album solo, tetapi terpaksa akur dengan kehendak pasaran.

Mengulas mengenai anggota baru U.K's, kata Amir lagi, kesemuanya menampakkan kesungguhan dan boleh dibentuk kerana mereka semua terbabit sepenuh masa dalam bidang muzik.

"Dengan pengalaman yang ada, saya hanya membantu dari belakang kerana U.K's ini dalam tanggungjawab BMG Music sepenuhnya,'' terangnya.

Apa pun, katanya, dia gembira dan yakin kerana album mereka kali ini dijangka dapat mengembalikan kegemilangan silam kerana membabitkan ramai komposer ternama.

Sebanyak lima penerbit bertungkus-lumus menyiapkan album itu seperti Firdaus, Idzhar, Rosli Ali, Aidit Alfian, Asmin Mudin, Norman dan Amir Pearl.

Penulis lirik lagu pula ialah S.Adsamad, Azam Dungun, Amir U.K's, Amin Shahab dan Johari Teh.

Album yang antaranya memuatkan lagu Rondo Cinta Buta, Pijar-Kasmaran, Dalam Meniti Hari, Kaca Impian dan Sukar Nak Percaya ini, mengambil masa kira-kira dua setengah tahun untuk disiapkan.

Mengenai ketiadaan Saari Amri di dalam album terbaru ini, Amir memberitahu, U.K's kali ini mahu membawa pembaharuan dengan menggunakan pelbagaian muzik dan rentak menerusi khidmat komposer yang ramai.

"Album U.K's kali ini lebih matang, bersesuaian dengan alaf baru serta bertepatan dengan kehendak pasaran. Kami juga akan menjalani penggambaran klip video di Jakarta, Indonesia,'' katanya.

Album ini akan berada di pasaran pada 12 Oktober ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.