saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/10/2000

Betty terima kritikan secara positif


BETTY IBTISAM BANAFE.


Ada yang ingin menjadikan dia gadis muka depan majalah dan ada yang berjanji untuk menjadikan dia seorang pelakon popular.

Sementara itu, kawan-kawan pula menelefon bertanyakan apa itu gambar Betty kerana mereka tidak sangka dia berani bergambar sedemikian.

Apa pun yang diperkatakan masyarakat, Betty tidak kisah kerana dia sedar 'kesilapan' itu tidak boleh ditarik balik.

Jelas Betty, dugaan paling besar yang diterimanya selepas bergambar seksi ialah dia hampir-hampir disingkir daripada meneruskan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor,.

Malahan, keluarganya juga telah hilang kepercayaan kepadanya dan melarang dia bergiat dalam bidang seni lagi.

Jelas Betty, dia tidak dapat menerima kenyataan bila keluarganya tidak lagi mempercayainya seratus-peratus.

"Betty tidak kisah jika disingkirkan daripada pengajian, tetapi nasib baiklah perkara itu tidak berlaku.

"Tetapi Betty paling sedih apabila ayah tidak lagi mempercayai Betty. Untuk menyakinkan keluarga, Betty terpaksa bersumpah dengan al-Quran. Betty sedar apa yang berlaku ada hikmahnya,'' katanya dengan nada kesal.

Sejak itu, Betty amat berhati-hati apabila bergambar dan berjanji tidak akan berpakaian seksi lagi kerana dia sedar imej sedemikian akan mendatangkan mudarat kepada diri dan juga keluarga.

Jelas pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Nur Penyuluh Alam, ramai yang berkata, dia tidak perlu bergaya seksi kerana dirinya berbakat.

Antara drama lakonannya yang terbaru ialah Kiranya Ku Tahu, arahan Erma Fatima, di mana dia bergandingan dengan Rosyam Nor.

Betty sedia menerima segala kritikan dan pandangan secara positif kerana dia sedar dalam mengharungi cabaran seni, seseorang artis mesti cekal dan tabah.

Dia yang sedang mengikuti Ijazah Komunikasi dalam bidang perhubungan awam di tahun dua itu, menganggap seni sebagai tapak untuk membina kerjaya di masa depan.

"Betty bukanlah pelakon yang gilakan glamor, tetapi tidak dinafikan publisiti penting untuk kerjaya artis. Bagi Betty, biarlah kena caranya.

"Betty ceburi bidang ini kerana minat dan juga untuk menimba pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan,'' jelasnya terus terang.

Betty yang juga pengacara rancangan Juara Minda bersama Rosyam Nor pada setiap Khamis, pukul 7.30 malam di TV1, tidak mahu menumpukan perhatian pada seni sahaja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.