saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/10/2000

Jurutera komputer diperkosa, dibunuh dalam bas

KLANG 11 Okt - Seorang jurutera komputer berusia 24 tahun diperkosa berulang kali sebelum dicekik hingga mati oleh pemandu bas ekspres yang dinaikinya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.

Selepas dibunuh di lantai bas berkenaan, mayatnya dalam keadaan bogel dibuang di tempat pembahagi jalan di sebuah projek perumahan Bukit Tinggi di Jalan Bukit Tinggi-Kim Chuan di Pandamaran di sini. Mayat wanita itu dijumpai Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Karn Karn Peng berkata, Noor Suzaily Mukthar mati dipercayai selepas dijerut dengan kain tudungnya sendiri di leher selepas dirogol dan diliwat oleh lelaki itu.

Katanya, sebelum itu mangsa dipercayai sengaja diperangkap oleh pemandu bas tersebut dengan mengunci semua pintu bas menggunakan suis automatik yang terdapat di bahagian depan panel tempat pemandu.

''Selepas itu mayat mangsa dibuang di sebuah kawasan berhampiran tapak perumahan baru di Jalan Kim Chuan - Bukit Tinggi, Pandamaran sebelum ditemui oleh orang ramai yang kemudiannya melaporkan kepada polis,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, tambahnya, polis telah menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang juga seorang pemandu bas ekspres kira-kira pukul 2.45 petang di Terminal Bas Pelabuhan Klang dekat sini semalam untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, lelaki yang berasal dari Kelantan itu juga kini ditahan reman selama 10 hari bagi siasatan lanjut selepas mendapat kebenaran mahkamah di sini petang ini.

Dalam masa yang sama, lelaki tersebut didapati pernah terlibat dan dikehendaki polis bagi satu kes rogol melibatkan bekas isterinya sendiri di Mentakab, Pahang pada 1988.

Selain itu, lelaki yang sama juga terlibat dalam satu kes pecah amanah di Subang Jaya pada 1994 dan pernah ditahan dan didapati bersalah bagi satu kes samun dan di-

kenakan dua kali sebatan di Chukai, Trengganu pada 1996.

Noor Suzaily yang beralamat di Taman Suriani, Kangar, Perlis adalah seorang graduan jurusan teknologi maklumat dari sebuah universiti di United Kingdom dan baru 11 bulan bekerja di Pusat Perubatan Pantai (PMC) di Bangsar.

Difahamkan, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan ke Klang bagi mendaftar diri untuk bertugas di hari pertama di cawangan PMC di Persiaran Raja Muda Musa di daerah ini.

Difahamkan, dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi pada 7 Oktober lepas, mangsa bersama seorang lagi lelaki warganegara Bangladesh menaiki sebuah bas ekspres dari Stesen Bas Klang Kuala Lumpur menuju ke Pelabuhan Klang.

Selepas menurunkan lelaki Bangladesh di Bandar Klang, pemandu berkenaan mengunci pintu bas menggunakan kunci automatik dan sengaja tidak mengambil penumpang lain dan tidak lama selepas itu, pemandu itu dipercayai menukar haluan bas dengan membelok ke Jalan Pandamaran.

Mangsa dikatakan menjerit meminta tolong sambil mengetuk-getuk cermin bas tetapi cermin gelap dan tidak dapat dilihat daripada luar.

Beberapa jam selepas kejadian itu, seorang pekerja landskap terjumpa mayat mangsa dalam keadaan bogel dan membuat laporan polis pukul 3.30 petang. Bertindak berdasarkan maklumat, polis mendapati pakaian mangsa berwarna hitam, tudung dan dokumen telah dibuang setengah kilometer daripada kawasan mayat itu ditemui.

Mayat mangsa telah dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dituntut pukul 2 petang ini untuk dikebumikan.

Abang mangsa, Mohd. Mohairis, 28, ketika ditemui di Bilik Mayat HTAR berkata, mangsa atau lebih dikenali dengan nama Suzi merupakan anak paling manja dalam keluarganya serta satu-satunya anak perempuan dan harapan keluarga kerana mempunyai pencapaian akademik.

''Kami terkejut dengan kematian Suzi setelah mencarinya di merata-rata tempat,'' ujarnya.

Lebih menyedihkan, kematian mangsa turut memberi tekanan kepada tunangnya kerana pada hari kejadian dia menunggu Noor Suzila di Terminal Bas Pelabuhan Klang.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.