saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/10/2000

Legenda bola sepak terima darjah kebesaran

KUANTAN 23 Okt. - Legenda bola sepak negara, Allahyarham Mohktar Dahari, Abdul Ghani Minhat dan Soh Chin Aun adalah antara 729 orang penerima darjah kebesaran sempena ulang tahun ke-70 keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, esok.

Mereka dan 60 yang lain akan dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) Peringkat Kedua yang membawa gelaran Datuk.

Dua puteri baginda iaitu Tengku Datuk Nong Fatimah dan Tengku Datuk Shahariah dianugerahkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (D.K) II.

Lima orang termasuk dua menteri kabinet dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.) membawa gelaran Datuk.

Dua menteri itu ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid dan Menteri Pertanian, Datuk Mohd. Effendi Norwawi. Tiga lagi ialah Raja Datuk Shahbuddin Raja Razman serta dua ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Wong Yeon Chai dan Datuk Seri Lim Leang Heng.

Empat orang dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Yang Amat DiMulia Peringkat Kedua (D.S.A.P.), juga membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Editorial/Pengarah Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd., Tan Sri Abdullah Ahmad; Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Mohd. Sarit Yusoh, Pengerusi Quantum Plus Sdn. Bhd., Tengku Datuk Kamarulzaman Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar dan Pengarah Gapurna Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Salim Fateh Din.

Sebanyak 60 lagi penerima darjah D.I.M.P. Peringkat Kedua yang membawa gelaran Datuk ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Agustine Paul; Penolong Profesor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr. Masitah Ibrahim.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Fu Ah Kiow; Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Sieh Kok Chi, Pengurus Besar Kuala Lumpur City Securities Sdn. Bhd., Raja Shaharudin Shah Raja Jalil Shah dan Ketua Eksekutif Pica (M) Corporation Berhad, Datuk Ngu Tieng Ung.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Bebar, Ishak Muhammad; Ahli Dewan Negeri Pahang kawasan Jenderak, Mohamed Jaafar, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Hamid Ali dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), A. Wahab Mulajat.

Pengarah Pendidikan Pahang, Abdul Rahim Mohamad; Pengarah Pendidikan Kelantan, Mohamed Hasan, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Ir. Tan Jiak Kim dan Pegawai Daerah Kuantan, Mohd. Mohidin Seman.

Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Ali Ahmad, Setiausaha Sulit Sultan Pahang, Abdul Munir Basit, Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am, SAC II Zaini Md. Hasim dan Ketua Jabatan Senibina Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Ruslan Khalid.

Pro. Naib Canselor (Perhubungan Korporat) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ahmad @ Abdul Rahim Zainuddin, Pengurus Besar Kumpulan Pemasaran dan Pemerosesan Felcra Berhad, Rameli Buyong, Pengarah Urusan Sharp Roxy Corporation (M) Sdn. Bhd., Hiroo Shibata dan peguam bela Jude Philomen Benny.

Pengerusi Qualitas Medical Management Sdn. Bhd., Dr. Noorul Ameen Mohamed, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Pusat Rawatan Islam Sdn. Bhd., Dr. Sheikh Nordin Syeikh Ahmad, Pengetua Darul Quran Jabatan Kemajuan Malaysia, Kamaruddin Zakaria, peguam bela A. Ramanathan dan Cik Nor Zakiah Abdul Majid.

Setiausaha Politik kepada Menteri Tugas-Tugas Khas, Arzmi Abdul Hamid, Partner Firma Akauntan International KPMG, Mohamad Aidid Mohd. Shariff, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Yeoh Choo Hock, Yap Nyim Keong dari FAM, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Osman Mohd. Yusof, Naib Presiden Engineering, K. Jeyakanthan.

Pengarah Urusan TAHB Auto Sdn. Bhd. Tuan Syed Azman Syed Ibrahim; Pengarah Syarikat Harmony Enterprise Sdn. Bhd., Khoo Yong Seng; Pengarah Urusan MWE Advanced Structure Sdn. Bhd., Ling Keak Ming dan Naib Presiden Eksekutif Public Bank Berhad, Lee Kong Lam.

Pengarah Eksekutif Operasi BIMB Securities Sdn. Bhd., Idris Md. Tahir; Pengarah Syarikat Dynaton Holdings Sdn. Bhd., Tom Kin Ong, Pengarah Urusan Shamsir Jasani Grant Thornton, Narendra Kumar Jasani dan Naib Presiden Bumiputera Commerce Bank Bhd., Mohamed Yusof Abu Bakar.

Pengurus Besar (Perkhidmatan Pengguna) Tenaga Nasional Berhad, Mohd. Ghazali Sulaiman; Ketua Eksekutif Bandaraya Developement Bhd. Jaganath Sabapathy, Pengarah Eksekutif Syarikat Azam Jasa Sdn. Bhd, Mohd. Foad Azhari, Pengarah Eksekutif Ibsul Holdings Sdn. Bhd, Ahmad Shafee Sabaruddin dan Pengarah Urusan Fair Diversified Sdn. Bhd., Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ketua Pegawai Eksekutif NATSEVEN TV Sdn. Bhd., Mohammed Shazali Ramly, Pengerusi Eksekutif ACE Collection Sdn. Bhd., Khalid Mohamad Jiwa, Pengarah Urusan Cosmovest Development Sdn. Bhd., Loh Hock Sun, Pengarah Urusan Kumpulan Powertech Sdn. Bhd., R. Subramaniam dan Pengarah Eksekutif Arkitek KDi Sdn. Bhd., John Lau Kah Sieng.

Ketua Pegawai Eksekutif TAR Workforce Sdn. Bhd., Zainal Abidin Mohd. Ariffin, Pengerusi EMC Logistik Sdn. Bhd., Noorazman Adnan, Pengerusi ADN Perdana Sdn. Bhd., Azman Non, Pengurus Besar Seni Kembara Construction Sdn. Bhd., Asharul Abidin Shafie; Pengarah Eksekutif Indah Seiring Sdn. Bhd, Abu Samah Selong, Pengarah Eksekutif Nippon Steel Construction (M) Sdn. Bhd., Yahaya Chin dan mendiang Lim Kang Sooi.

Dalam pada itu, sebanyak tujuh orang menerima pingat kebesaran Peringkat Ketiga Setia Ahmad Shah Pahang (S.A.P).

Mereka ialah Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan; Pakar Perunding Dermatologi, Dr. Ong Cheng Leng, Penyunting Akhbar Malay Mail, Fauzi Omar, Tok Pentara Raja, Ismail Marzuki dan dua ahli perniagaan iaitu Tengku Razman Shah Tengku Ahmad, Mohamed Taib Ibrahim dan Abd. Rahman Hassan.

Sebanyak 45 orang lagi menerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Dimulia Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (S.M.P.) manakala 40 orang menerima Darjah Kebesaran Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (A.A.P.).

Sebanyak 166 orang dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (A.M.P.) termasuk dua dari Kumpulan Utusan iaitu Penolong Pengarang Utusan Melayu, Mustakim Aminuddin dan Pengarang Sukan Utusan Malaysia, Khalid Saad.

Wartawan penyiaran yang menerima anugerah yang sama ialah Abu Bakar Atan (TV3), Shaukei Kahar dan Jasni Shafie dari Sport Event Network.

Dua wartawan akhbar Malay Mail, Muhammad Rizal Hashim dan Mohamad Fariq Abdul dan Pengarah Penyiaran RTM Pahang, Bibi Moyedden turut menerima pingat yang sama.

Sultan Pahang juga berkenan menganugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang (P.K.C.) kepada 43 penerima termasuk Pengarang Sukan Berita Harian, Mohamad Razali Yahaya; Ketua Biro Bernama Pahang, Rosmah Mohamad Salim; Ketua Biro Berita Harian Pahang, Sharifuddin Mohamed dan jurugambar Kumpulan NST, Khalid Redza.

Sebanyak 83 orang menerima Pingat Kelakuan Terpuji (P.K. T.) manakala sebanyak 271 orang lagi menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.