saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/10/2000

Kumpulan F.T.G cari kelainan dalam muzik

Sering kali sebahagian besar peminat muzik paling tidak menggemari irama yang cukup berat dan membingitkan.

Irama seperti thrash, konsep underground dan heavy metal hanya disukai oleh sebilangan kecil peminat fanatik muzik genre ini.

Tidak kira sama ada ia dipersembahkan oleh kumpulan Barat maupun tempatan sendiri, muzik seumpama itu tetap mempunyai peminatnya tersendiri.

Bagaimanapun, kumpulan thrash popular tempatan, F.T.G barangkali ingin mengubah persepsi peminat terhadap muzik jenis ini.

Kumpulan itu akan memastikan persembahan mereka tidak mendatangkan kebosanan kepada penggemar muzik.

Justeru mereka seboleh-boleh menguasai muzik genre itu dengan baik setiap kali mengadakan persembahan pentas.

F.T.G dianggotai oleh Azmi (bes), Zam (dram), Jack (gitar), Tajul (vokalis) dan Sham (percussion).

Walaupun kumpulan thrash itu membawa konsep yang agak berat, mereka tetap menekankan kepentingan irama pada setiap muzik yang dipersembahkan.

Justeru F.T.G cuba setiap kali mencari kelainan dalam menyusun semula muzik yang dibawa oleh mereka.

Pemain bes kumpulan itu, Azmi berkata, sekiranya muzik yang disampaikan semasa persembahan tidak mempunyai apa-apa perbezaan seperti di dalam album, lebih baik peminat mendengar lagu daripada album sahaja.

Tambahnya, dengan adanya penyusunan semula muzik pada setiap lagu yang didendangkan di atas pentas, secara tidak langsung, ia membuktikan sesebuah kumpulan itu kreatif dalam berkarya.

Peluang mengadakan persembahan dengan muzik seumpama itu dimanfaatkan di konsert Rentak Asia di Bukit Jalil Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk konsert itu, F.T.G memainkan empat buah lagu yang digubah semula.

Kata Sham pula, F.T.G sengaja memasukkan elemen-elemen kompang, tabla dan bonggo dalam lagu-lagu Malaysia Maju, Spirit To Rebel, Aku Adalah Aku dan Life.

"Kami memang memasukkan elemen-elemen baru khas untuk persembahan konsert itu. Bila elemen moden dan tradisional diadunkan, ia akan menampilkan satu muzik yang indah dan tidak menjemukan.

"F.T.G ingin tunjukkan pada orang luar bahawa negara kita ini kaya dengan pelbagai rentak,'' jelas Azmi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.