saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 26/10/2000

Siti Maslamah dilantik Akauntan Negara

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Timbalan Ketua Akauntan Negara Siti Maslamah Osman dilantik sebagai Akauntan Negara di Jabatan Akauntan Negara, Kementerian Kewangan mulai Jumaat ini.

Beliau menggantikan Datuk Mohamed Adnan Ali.

Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman dan Dasar Kewangan Abu Salihu Mohamed Sharif pula dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pinjaman Perumahan di kementerian yang sama mulai esok menggantikan Onn Kayat yang bersara wajib.

Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Abdul Halim Ali dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Siti Maslamah, 52, memulakan karier dalam Perkhidmatan Awam pada 4 September 1972 apabila dilantik sebagai akauntan di Jabatan Akauntan Negara.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan di jabatan yang sama dan juga pernah dipinjamkan kepada Bank Simpanan Nasional.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Akauntan Negara pada 1 Januari tahun lepas.

Abu Salihu, 53, pula memulakan karier dalam Perkhidmatan Awam pada 1 September 1971 apabila dilantik ke dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kesihatan.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan seperti di Kementerian Perusahaan Utama, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Kementerian Perusahaan Awam dan Kementerian Kewangan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.