saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/10/2000

Siti Nurhaliza menjadi buruan di Jakarta

BAGAIKAN seorang menteri, kunjungan penyanyi termasyhur tanah air Siti Nurhaliza ke Jakarta, Indonesia baru-baru ini padat dengan pelbagai program yang diaturkan buatnya.

Sebaik hari pertama sehinggalah selepas selesai majlis Anugerah Muzik Indonesia 2000 (AMI 2000), Siti tidak mempunyai kesempatan untuk berehat langsung.

Melihat dan mendengar cerita mengenai Siti kala mengunjungi negara itu, ada pula suara yang mengusik dan cuba menyamakan kesibukan serta jadual harian Siti tidak ubah seperti jadual seorang Perdana Menteri.

Selama empat hari di sana, setiap masa dan ketika Siti diburu pihak media cetak mahupun elektronik.

Namun apa yang penting dan turut membanggakan negara ialah pemergian Siti ke Jakarta sekali gus membuka satu lagi lembaran baru dalam kerjaya seni penyanyi ternama itu.

Ini kerana dalam waktu yang singkat, penyanyi muda, jelita dan termasyhur malaysia diberi pengiktirafan tertinggi di peringkat ASEAN.

Pada malam 20 Oktober lalu, Siti menerima Anugerah Muzik Indonesia (AMI) Sharp Awards 2000 - Kategori Artis ASEAN atau juga disebut sebagai Anugerah Khas Artis Malaysia Yang Paling Berhasil di Indonesia.

Pihak penganjur iaitu Yayasan Anugerah Muzik Indonesia (YAMI) memilih Siti ekoran kejayaan lagu Menyintaimu Selamanya - di Malaysia dikenali dengan lagu Sendiri.

Kejayaan ini pastinya akan menambahkan lagi koleksi trofi atau anugerah yang pernah dikecapi oleh Siti sepanjang enam tahun diabergelar anak seni.

Pemergian Siti ke Jakarta selama empat hari ditemani Pengarah Urusan SRC, Tan Su Loke, Pengurus Perhubungan Awam SRC, Bard serta kakak iparnya, Rozie Abd. Razak.

Selain kehadirannya di Jakarta untuk menerima anugerah tersebut, kesempatan berada di bumi negara bekas tanah jajahan Belanda itu juga memberi peluang kepadanya untuk mendekati peminat dan karyawan seni di sana.

Menurut Bard, pengiktirafan yang diberikan oleh industri muzik Indonesia kepada Siti begitu dihargai oleh penyanyi itu.

''Siti begitu terharu kerana selain mendapat anugerah, Siti juga berpeluang mengadakan persembahan pada malam kemuncak AMI 2000 itu,'' jelas Bard mengenai majlis yang diadakan di Teater Tanah Airku, Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta itu.

AMI 2000 seperti juga dengan majlis Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM), bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik di negara masing-masing.

Pada masa yang sama anugerah khas untuk mengiktiraf sumbangan karyawan muzik negara jiran turut diadakan sebagai mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara dua negara.

Ditanya mengenai sambutan pihak media di sana pula, Bard memberitahu, dia amat terkejut kerana Siti ternyata mempunyai pengaruh yang cukup besar di indonesia.

Keadaan ini dapat dilihat melalui sambutan yang diberikan oleh wartawan di sana yang sentiasa mengejar artis kesayangan ramai itu pada setiap kali masa terluang.

''Setiap masa terluang Siti dipenuhi dengan jadual temu bual dengan pihak media sehinggakan Siti hanya dapat melelapkan mata pada pukul 1 pagi sebelum menyambungnya semula awal pagi esok,'' kata Bard mengenai jadual harian Siti.

Menurut Bard, ketika Siti mengadakan persembahan di pentas dia mendapat tepukan dan sorakan yang cukup gemuruh daripada penonton.

Menceritakan pengalaman selama empat hari di Jakarta Bard memberitahu, jadual Siti begitu padat bagi memenuhi pelbagai undangan rakaman program televisyen.

''Antara yang menarik ialah Siti berpeluang mengadakan rakaman mini konsert selama sejam,'' terang Bard.

Satu perkara yang mungkin tidak pernah Siti lakukan dalam mana-mana program televisyen di Malaysia tetapi dilakukannya di Jakarta ialah memasak nasi goreng dalam studio rakaman.

Nasi goreng itu kemudian dihidangkan kepada dua peminat setia Siti dari Jakarta yang sentiasa mengikuti perkembangan penyanyi itu yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang.

Di Jakarta juga Siti berpeluang mendekati penyanyi popular Titiek Puspa selain berpeluang berkongsi idea dengan artis-artis lain termasuk Anggun C. Sasmi. - DEAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.