saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/11/2000

Irwanyzan artis sulung MIG Record

Tapak yang kukuh sesebuah syarikat rakaman menjadi salah satu pemangkin kepada kejayaan seseorang penyanyi baru dalam nyanyian.

Penyanyi baru Irwanyzan Idris yakin dapat membina masa depan yang cerah kerana kekuatan rangkaian pemasaran syarikat rakamannya, MIG Records.

Irwanyzan adalah artis sulung syarikat MIG Records iaitu anak syarikat Metrowealth International Group yang mempunyai ratusan rangkaian pemasaran di seluruh negara.

"Ia bukan bererti saya berharap pada kekuatan syarikat rakaman sahaja sebaliknya saya juga bekalkan bakat yang saya ada,''katanya.

Dia bangga apabila sesebuah syarikat yang besar seperti MIG Records memilihnya sebagai artis sulung mereka.

Metrowealth juga mempunyai lebih 200 rangkaian di seluruh Indonesia dan ia menjadi satu kelebihan kepada penyanyi baru itu untuk melebarkan sayapnya ke luar negara.

Malah syarikat tersebut juga berhasrat memasarkan album sulungnya ke sana melalui rangkaian pemasaran yang telah tersedia.

"Saya juga akan memuatkan beberapa buah lagu ciptaan komposer Indonesia di dalam album sulung ini,'' katanya lagi.

Irwanyzan sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Adams tetapi terpaksa menarik diri sebelum kumpulan itu sempat merakam album.

Dia kini dalam proses merakam lagu-lagu untuk dimuatkan di dalam album yang bakal dipasarkan tahun depan.

Dia sedar kebelakangan ini tidak banyak penyanyi lelaki kerana syarikat rakaman cenderung menampilkan penyanyi wanita sebagai artis baru.

"Untuk berjaya saya harus bekerja keras dan menampilkan sesuatu yang terbaik,'' katanya yang masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Menurut Irwanyzan, dia sememangnya menyimpan cita-cita untuk menjadi artis sejak lama dulu dan pernah menganggotai kumpulan nasyid di sekolahnya.

Dia juga memilih universiti di sekitar ibu negara untuk membolehkannya menjenguk peluang menjadi artis, katanya yang berasal dari Sabah itu.

"Saya masih muda dan banyak masa lagi untuk saya memburu kejayaan dalam bidang seni,''katanya yang baru berusia 20 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.