saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 08/11/2000

Putrajaya milik Persekutuan, Selangor dibayar RM200 juta


SULTAN Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Tengku Idris Shah menandatangani surat perjanjian menjadikan kawasan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan sambil diperhatikan oleh Dr. Mahathir Mohamad dan Dr. Mohamad Khir Toyo, di Istana Negara semalam. - Gambar Bernama.


KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kerajaan Negeri Selangor akan menerima wang tunai RM200 juta serta bayaran tahunan sebanyak RM7.5 juta untuk selama-lamanya daripada Kerajaan Persekutuan dengan termeterainya perjanjian untuk menjadikan kawasan Putrajaya seluas 4,931 hektar sebagai Wilayah Persekutuan.

Surat perjanjian itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi pihak Kerajaan Persekutuan manakala kerajaan Negeri Selangor diwakili oleh pemangku Raja Selangor Raja Idris Shah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi saksi bagi Kerajaan Persekutuan manakala saksi bagi Kerajaan Negeri Selangor ialah Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamad Khir Toyo.

Majlis itu dijalankan di Balai Rongseri Istana Negara di sini.

Perjanjian itu bagaimanapun akan berkuat kuasa pada satu tarikh yang akan ditetapkan selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan rang undang-undang berkaitan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Selangor dan Parlimen, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Menerusi perjanjian itu juga Kerajaan Persekutuan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor sebanyak 26 keping tanah milik Persekutuan seluas 10.16 hektar di Morib.

Bilangan keanggotaan perwakilan negeri Selangor dalam lembaga pengarah Perbadanan Putrajaya juga ditambah daripada seorang kepada dua orang.

Dalam perjanjian itu juga, Kerajaan Persekutuan akan membiayai projek-projek pembangunan bagi memajukan kawasan kampung di pinggir Putrajaya dan Cyberjaya di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) dengan kos RM800 juta.

Sekiranya peruntukan tersebut tidak dapat dibelanjakan sepenuhnya, bakinya akan dibelanjakan dalam Rancangan Malaysia ke-9. - Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.