saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/11/2000

Alif Iqra diminati kanak-kanak

Kumpulan Alif Iqra yang dianggotai oleh Siti Aisyah Ishak, Nurul Shahida Samsulazlan, Muhammad Faiz Mahmod, Muhammad Azri Muizz Maslan, Muhammad Daniel Syazwan dan Fatin Rosbella Rohaiza ingin menjadi alat kepada rakan-rakan seusia untuk belajar membaca al-Quran.

Menerusi album sulung yang berjudul Iqra Alif Ba Ta, terbitan Ija Medicine, anggota Iqra mengajak kanak-kanak mempelajari serta membaca al-Quran sebagai satu tugas rutin setiap hari.

Motif kumpulan itu bersesuaian sekali dengan nama kumpulan mereka iaitu 'bacalah'.

Selama ini kebanyakan penyanyi menerapkan unsur-unsur nasihat dan peringatan menerusi lirik-lirik lagu yang disampaikan.

Tetapi kumpulan Alif Iqra pula tidak menampilkan lirik yang dicipta oleh penulis lirik, tapi nyanyian mereka berdasarkan kepada ayat-ayat yang terkandung di dalam buku Iqra.

Lagu-lagu berdasarkan buku Iqra bukan saja akan menarik minat kanak-kanak tapi menanamkan semangat supaya lebih tekun mempelajari al-Quran.

Walaupun sebelum ini pelbagai cara diperkenalkan untuk belajar membaca tapi Wayang Tinggi Entertainment yang bertanggungjawab menerbit album Alif Iqra yakin album berkonsep Iqra dalam bentuk nyanyian akan menarik lebih ramai kanak-kanak mempelajari al-Quran.

Album kumpulan Alif Iqra yang telah berada di pasaran sejak akhir Ogos lalu dipasarkan dalam bentuk kaset cakera padat dan VCD.

Lebih istimewa lagi, album ini bukan sahaja dipasarkan di kedai-kedai tetapi turut memasuki pasaran sekolah tadika dan sekolah-sekolah rendah di seluruh negara.

Kelainan yang ditampilkan oleh kumpulan Alif Iqra itu membolehkan diri mereka mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.